Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Sudah masuk episod ketiga dan kita masih terpinga-pinga apakan janji yang Arissa harus tepati… Janji atau dendam?
Episod 2
Wow! Setiausaha dan anak CEO nak makan bersama? Ok..?
Mampus tunang dia ternampak!
Kenapa baju Arissa besar sangat ni, nampak macam mengandung pula. Dia yang pakai, aku yang tak selesa. Hello, hello pereka baju tak buat kerja ke?
Shahira pun mengadu kepada ibu TJ tentang Arissa! Memang patut! Buat kacau je si Arissa ni.
Si dekni aku tak faham. Dia nak balas dendam tapi bila bapak dia berbual dengan dia, muka cuak? Kenapa dia tak bersedia untuk berdepan dengan bos dia? Kenapa dia macam terkejut melihat bos dia di tempat kerja? LOL.
Kenapa watak ni amat klisye? Seorang kaki judi yang berhutang. Dia pun meminta scandalnya wang. Scandalnya pula meminta suami.
Setelah mendapat panggilan dari sekolah, ibunya menghantarnya ke sekolah mulai keesokan harinya.
Si mamat ni kacau girlfriend dia tapi in the end cakap perempuan tu bukan type dia???? Abeh kacau buat apa, bodo.
Si bos bodo ni berbual isu peribadi kat luar pejabat di mana semua pekerja boleh dengar. Padahal dia ada pejabat sendiri and berbaul sekuat-kuatnya, kan? Abeh sekarang Arissa tahu yang bini bapak dia ni mata duitan.
Ni apa?????? Drama 2000an sak macam gini hahahaha. Nak step adjustkan coat kononnya nak step flirting.
Ni flashback yang paling BODOH yang pernah wujud dalam drama Suria. Si dekni buat teh. Terdengar macam ada orang masuk rumah, so dia ingatkan tu suaminya balik. Dia pun periksa luar tapi takde orang. Pada masa yang sama, ada orang masuk dapur dan letakkan drug dalam minumannya dan keluar. Si dekni pun minum teh tu dan rasa pening dan pengsan. The next thing she knows, dia sekatil or something dan tu pasal suami dia tuduh dia ada scandal.
Ok, sesiapa boleh jelaskan kepada saya bagaimana si penceroboh tu tahu dia akan buat teh dan oleh itu, dia bawa drug untuk diletakkan dalam teh??????? EXPLAIN.
Ok.
Si Arissa ni old school habis macam Mesyo. Nak tinggalkan scarf dalam kereta bapak dia semua.
Hmm… Nude photo session. Boring.
Ok, kenapa dia sekali lagi terlalu over dengan emosi dia? Stay focused on this revenge plan! Stupid.
TJ dimarahi ibunya dan disuruh melayan tunangnya dengan betul.
Si doktor bodoh ni berbual sekuat-kuat tidak, satu wad boleh dengar. Kalau wad peribadi ok lah, ni wad kongsi. Satu wad tahu mak dia ada barah. Takde confidentiality langsung. Boleh saman.
Dia masih stres.
LOL.
Semuanya berlaku dengan pantas.
Drama ni terlalu… drama. Semuanya merepek dan cepat dan over the top. Klisye pulak tu. Abeh watak Arissa ni nak balas dendam tapi macam terlalu emosi sangat abeh nak step balas dendam? Pui.
Episod 3
Padan muka kenek marah oleh suami. Bini dia tu tak sedar diri dia ada anak ikan yang tak seberapa.
Si Arissa ni dah tahu dia lambat tapi masih nak sarapan di kafe…. Ok????? Pekerja apa ni eh? Nasib TJ dah dilamun cinta so tak marah dia.
Arissa ingin sangat perkahwinan bapanya runtuh.
Isterinya tanya tentang Arissa. Padahal takde apa-apa pun. Kot?
Si dekni kesian eh dia tak tau laptop ada whatsapp? Ada IG, ada twitter? Kesian dia terpaksa bukak laptop dia untuk step buat kerja. Dia bilang bapak dia yang dia ada assignment gitu.
Shahirah memberitahu tunangnya bahawa Arissa sedang mengurat bapanya. So… Dia boleh ditolak tepi.
Si bodoh ni nak berdrama kat tempat kerja? Nak sepak Arissa all. Ekcili memang patut disepak tapi mungkin bukan di tempat sebegini.
Ini semua kerana wang.
Over tau si dekni nak jatuh semua abeh masuk balik hospital.
Oh? Dia tahu Arissa nak bapak dia terus tukar fikiran?
TJ meminta maaf atas kelakuan ibunya.
Menyampah sak nak step tak tahu anniversary.
World tau ni drama?? Padahal derma darah je abeh nak ada katil dalam wad la apa la. Muhammad menderma darah O- kepada ibu Arissa… Hmmm.
As an individual who is medically trained, dia tidak seharusnya menderma darah jika blood flownya amat perlahan dan sedikit seperti ini lol.
Mampos. Dia nak jumpa ibu Arissa… Tapi TJ mencelah dan mereka terpaksa balik ke pejabat.
Dia tidak tahu penderma darah siapa…
TJ ingin putus tunang.
Siti memberitahu Arissa untuk memaafkan ayahnya lol.
Si dekni scammer tapi scandal dia masih nak terpedaya.
Mereka akan bekerjasama untuk sabotaj AR cosmetics.
Oh no.
Kepentingan watak ini hanya untuk leak nudes, itu saja.
Arissa menukar fikiran. Aku dah kata si dekni weak dan terlalu emosi untuk teruskan “misi” ini lol. Beriya-iya sangat nak balas dendam la apa la. Check-check, takde keyakinan diri. Tak betul. Bye.
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)