Reviu: Mama White Snake

Ssssalam ssssejahtera, wahai pembaca ssssetiaku!

Pada 25 haribulan November, saya berkesempatan untuk menonton pantomime tahunan W!ld Rice. Jika tahun lepas W!ld Rice telah mengisahkan tentang seekor Monyet, tahun ini, penonton diajak ke dunia riwayat Cina tentang kisah 2 ekor ular! Eh eh, jangan risau. Tidak akan ada dua ekor Taylor Swift dalam dunia ini. Satu dah cukup jijik. Bertajuk Mama White Snake, kisah riwayat Madame White Snake diberi nafas baru dan sedikit sentuhan keSingapuraan.  Pasti ramai tahu tentang Madame White Snake kan dulu kat Saluran 8?

fullsizeoutput_1894
gambar oleh W!ld Rice

Saya terpegun melihat pembukaan pementasan ini kerana setnya yang semestinya sungguh amat teliti, indah dan gah, tidak mengecewakan langsung! Tambahan pula, kostum dan juga props yang berwarna pastel. Very the kakak-kakak tudung feels gitew. I setuju, I approve. Selain itu, melihat setiap pergerakan Ivan Heng sebagai Auntie Green dan Glen Goei sebagai Madam White yang amat lembut dan lemah gemalai ala-ala dewa-dewa di Bangsawan Cina mampu mencairkan hati awak! Apatah lagi apabila mereka saling memuji satu sama lain tentang keayuan mereka. Sungguh tertib dan sopan tapi pada masa yang sama, lucu! Kostum White dan Green juga amat cantik sekali! Saya suka kerana ia seperti Hanbok meets Chinese Opera eleganza realness.

Unsur-unsur bangsawan Cina yang diterapkan juga amat menghiburkan. Ia juga amat konsisten sepanjang pementasan ini. Terutama sekali apabila Meng (Andrew Marko) dan Mimi (Cheryl Tan) menaiki bot. Ia mengingatkan saya apabila saya menjalani crash course Chinese Opera semasa di sekolah menengah. It was so cute! Watak Mimi macam Chun Li tau dengan rambutnya dan juga pakaiannya.

Koreografi dan kung fu/akrobats/wu shu/segala seni mempertahankan diri diiringi kesan bunyi alat muzik tradisional Cina yang sering didengar di Opera Cina. Salah satu aspek yang amat penting dalam menonton pementasan seperti ini. Kudos kepada musicians yang meningkatkan lagi unsur saspens kepada pementasan ini!

Cakap pasal muzik, saya juga suka dengan lagu-lagu yang terdapat dalam pementasan ini! Salah satu kegemaran saya adalah lagu di mana Mimi dan Meng sedang menunggu bot. Seolah-olah saya sedang mendengar sebuah lagu dalam sebuah filem Disney gitew! Teringatkan saya pasal A Whole New World! Very the tangkap feels, youalls! Suara Cheryl Tan yang amat lunak sekali boleh menegakkan benda-benda yang mungkin sudah lama tidak boleh berdiri. Cakap pasal lagu-lagu, tahukah anda bahawa Daddy Sean Ghazi akan mengadakan persembahan di Singapura?

Tidak boleh dinafikan bahawa the star of the show were the kids!!!! Mereka amat comel sekali terutama sekali apabila memakai kostum beruang panda. Ajaklah anak-anak awak tonton sempena cuti sekolah ini! Geram saya tengok. Macam nak culik satu dan kisar buat jus untuk diminum.

fullsizeoutput_189d
gambar oleh W!ld Rice

Satu perkara yang saya kurang puas hati adalah apabila watak Monk Fahai (Siti Khalijah) mengggunakan tongkat tu dan menghentakkannya di lantai, ia tidak memberi kesan yang sama apabila Odin menghentakkan tongkatnya untuk menarik perhatian Asgardians. LOL.

Saya amat suka bagaimanasetiap kali  transformasi daripada Auntie Green/Madam White kepada ular penuh dengan saspens! Seperti anda bakal melihat magic akan berlaku! And yes, magic did happen! Oh, dan juga the snake illusion oleh watak Auntie Green. I WAS LIVING. Nasib dia tak pakai macam ni:

Saya rasa kali ini W!ld Rice telah mengatasi prestasi mereka dan melakukan terbaik, merentasi jangkaan penonton semua. Sesiapa yang menonton pasti akan terpukau melihat aksi-aksi Kung Fu, koreografi serta flagwork yang amat mengagumkan sekali! Jalan ceritanya juga amat menarik dan membuat penonton ingin tahu bagaimana konfllik antara watak-watak bakal terlerai. PUNchlinenya juga amat kelakar, membuat semua orang tak kering gusi! Walaupun diilhamkan oleh kisah purba, lawak jenaka amat moden sekali ya. It’s not your typical lawak hambar you see on Twitter atau Malaysia. Alfian Sa’at is so brillint. I can’t.

23844831_1336158346513078_2934992190342693082_n

TAHNIAH DAN SYABAS kepada semua yang terlibat dalam Mama White Snake!

Kepada anda yang ingin mendapatkan tiket, singgah ke Sistic!

Apakah yang akan W!ld Rice sajikan pada tahun 2018? 🤔

– Pengkritik Sandiwara

 

 

2 comments

Tinggalkan komen