Reviu: Prism

Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku yang ku sayangi dan rindui!!!! Seperti sudah lama kita tidak bersua ya! Sebenarnya, memang lama pun! Berbulan. Namun, sempena minggu rehat (recess week) saya ada reviu istimewa buat seisi keluarga (gitew)!

 Pengakuan: Saya tuliskan reviu ini apabila minda saya berkecamuk so ada chance 60% worldprakness.

Kali ini saya akan menulis tentang pementasan teater tempatan yang baru sahaja saya tontoni malam semalam (24/2/17). Bertajuk Prism, ia mengisahkan seorang pegawai Urban Development Board bernama Aman yang harus melaksanakan tanggungjawabnya tapi berdepan dengan penduduk bermasalah dan juga masalah peribadi.

 

katy_perry_-_prism_cover

Oops salah.

prism

(photo from Toy Factory Productions Facebook)

Salah satu sebab utama mengapa saya menonton pementasan ini adalah… DADDY FIR DUH. Like, saya ternampak iklan ini dan saya terus beli tiket tanpa ragu-ragu. (chey)

Pendek kata, persembahan Prism yang dihasilkan Toy Factory Productions Ltd seperti sesi kuliah modul sastera saya. TAK FAHAM.

Watak-watak berada dalam Singapura yang di dalam dimensi lain (think Divergent) dan sedang mengalami bencana post-apocalyptic ala nasib Tris dan Four setelah larikan diri dari Dauntless gitu ah. Pakaian pun agak lain sedikit. Pemikiran mereka juga agak hmmmm liberal or what? Ataupun saya rasa mereka orang-orang sederhana yang tidak mementingkan material tetapi amat menghargai kesederhanaan dan juga warisan mereka.

Penduduk merupakan keturunan warga Asia yang datang ke Singapura untuk mencari rezeki dan rebel or what dan tidak ingin tunduk kepada suruhan pemerintah. Ini kerana tanah mereka atau Surrounding City dibangunkan oleh nenek moyang mereka so mereka rasa bertanggungjawab untuk tanah tersebut. Sehinggalah tibanya Aman, seorang pegawai daripada Urban Development Board ke Surrounding City untuk memberitahu penduduk bahawa kawasan mereka akan diroboh untuk memberi jalan kepada pembinaan tapak tenaga nuclear (?) ke apa abeh mereka memberontak tapi akhirnya diroboh juga.

Secara jujur, saya memang tidak faham beberapa adegan. Seperti orang-orang bertopeng yang berjalan tak tentu arah, kaitan haiwan, organ dan warna bersama adegan tertentu, sudden chubby bunny challenge?????? Dan juga beras merah??????? Dan juga dendangan lagu yang seiras Burung Kakak Tua yang sering di-hum oleh para pelakon. I couldn’t even figure out the lyrics.

Ok la beras tu saya faham sebab significant untuk orang Asia seperti kita kan. Ini kerana di akhir cerita, Aman sedar yang dia sebenarnya Asia dan mandikan dirinya dengan beras tu untuk mengAsiakan dirinya lol. Cakap pasal beras, penonton diberi beras pada akhir rancangan!

Terdapat satu adegan di mana setiap watak menyalahkan omputeh aka US/UK/Portuguese kerana “merogol” Singapura dan mempengaruh orang-orang Asia dengan budaya barat songsang mereka sehingga orang Asia melupakan sejarah dan budaya kita. Part ni macam Xtrim sebab ermz you blame everyone but yoself? SIS HOLD ON PLS.

Saya juga berpendapat bahawa pemilihan kata bagi beberapa skrip agak ganjal. Seperti “VARIOUS countries” apabila voiceover berita dimainkan, akhiran imbuhan –as dalam perkataan Melayu (tak ingat the exact word but for example homoseksualitas) dan juga “kanker” untuk barah, huh???? Yang watak wise man tu Pak Indon or what? Dan asyik jump from satu masa ke satu masa like HUH.

The only scene yang saya faham adalah apabila Fir Rahman strip HAHAHAHA BYE.

Hmm out of 5 stars I give 2 kot sigh sebab I really don’t understand and it’s recess week and my brain dah tak berfungsi ok nak tafsirkan pementasan abstrak or what.

Panggung Drama Centre Theatre pun agak lengang for a Friday night tau. Hmm…

But then again maybe it’s my fault also sebab I went to watch this play without prior research ah like it’s actually ada kena mengena dengan en bloc, how the government always nak membaharukan benda agar semua benda sentiasa baru/5ever buat kerja naik taraf and stuff but still, for general public siapa kuasa nak baca research semua????

Tapi ini pendapat 2 sen saya je eh.

Namun, apa yang saya benar-benar suka akan pementasan ini adalah ia mengajar saya tentang co-existence, harmoni, pemahaman, acceptance, percaya akan pendirian kita, berdiri untuk kebenaran, lawan (fight) untuk apa yang kita inginkan, kepentingan melestarikan budaya dan warisan, space issues dan banyak lagi yang sewaktu dengan nilai-nilai ini semua.

photoprism.jpg

Pasti ramai yang ghairah sebab it’s recess week = more posts from me kan. NOPE. Saya tetap sibuk af ah like tahap gila so saya akan terus abandon this blog sehingga bulan April ya. Maaf. But whatever it is, anda boleh baca reviu mini saya di Fesbuk atau Twitter so keep yourself updated!

(urgh I’m so stressed w school help)

Pengkritik Sandiwara will be back again. Nantikan comeback saya chey hahaha bye.

– Pengkritik Sandiwara

This song agak apt. Conspiracy theory: Pementasan Prism merupakan salah satu strategi Katy Perry untuk mempromosikan albumnya yang bakal menjelma yang akan flop.

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s