Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku. Adakah anda rasa bahawa anda semakin tua semenjak tahun 2016 ini? Tua seperti watak-watak dalam drama penuh propaganda ini?
Jom kita lihat apa yang berlaku dalam episod 5, 6 dan 7 ya.
Episod 5


Lol Mak si Rahman tak suka Jururawat Sapiah terus terang je la. Dia kata tak sayang mak la apa la merepek.

Sham pun dengan semangatnya bincang pasal idea fusion dia tu.

Tapi si dekni biasa lah tak puas hati. Padahal dah setuju kan? Gila. Kau yang ye-ye-oh sangat suruh dia amek R&D punya benda. Dia dah buat research abeh kau masih nak mengamuk??

Jururawat Sapiah ke CC untuk menjenguk Rahman. Sengaja nak jumpa. Konon nak tanya pasal Medishield.

Rahman dengan berat hati jelaskan Medishield Hayat. Padahal Sapiah tengah baca buku Medishield seh. Rahman ni nak elak Sapiah sebab Mak dia tak suka Sapiah. Wow anak mithali eh?
Ok, Sapiah. Apa kata kau klik gambar di atas untuk ketahui lebih lanjut mengenai Medishield Hayat.

Si Jef masih ah nak berbual pasal budak Sham tu. Nak keluarkan la apa le.


Kan mata terbeliak sebab Halim pengsan. Tu la dia kerja keras sangat!

Ni kat tengah-tengah dunia, waktu kecemasan pun nak bincang pasal klinik CHAS la, A&E la. Bawak je la kawan kau tu pergi klinik, oi!!!
Nanti bila dia dah mampos, korang bincang la nak tanam ke tak.

Si dekni dengan konfiden suruh rakan dia bersenam. Entah-entah dia yang paling berpenyakit pada episod terakhir.

Jef dan Rahman menghantar Halim pulang ke rumah. Mereka pun berbual sedikit tentang bisnes mereka di depan isteri Halim. Mengamuk si Yam. Sebab dahulu, mereka pernah berbisnes dan bisnes menyusahkan hidup mereka.

Atas sebab kesihatan dan cinta terhadap isteri, Halim berputus untuk menarik diri dari bisnes kafe tu. Dia tahu Yam takkan suka dia berbisnes.

Si dekni sanggup ke rumah anaknya. Dia tak telefon dulu ke? Abeh dah sampai, takde orang kat rumah, sendiri menyesal.


Si dekni entah la. Nak kata angin ahmar, angin dia memang tak betul asyik marah orang je. Tengah angkat barang abeh macam kenek perbuatan orang kot.
Episod 6

Dia pun mengadu kat suami dia pasal anak dia yang entah kat mana.

Oh, kaki dia patah rupanya.

Kalau Rizal outstation, isteri dia pun ikut sekali ke?

Curlass. Wad A. Si Sham pergi melawat dia pun dia tak suka. Gila punya orang tua.

Harini kita belajar Medishield dengan Pelan Bersepadu ye. Sebenarnya saya pun tak faham. Nanti saya fahamkan dengan mengeklik gambar di atas.

Sakit-sakit pun nak bencikan orang. Perangai syaitonne.

Ni menangis??? Tu la siapa suruh ada anak satu je? Kan menyesal sendiri. Kau ingat kita tinggal kat China ke? China pun dah boleh ada dua orang anak.

Rizal berada di Sri Lanka rupanya! Eh dia merepek eh? Takkan tak boleh whatsapp?? Kalau nak keluar negara tak bilang keluarga? Abeh isteri dia?? Dah mampos ke kat Lautan India?

Perbualan propaganda. Sham nak IP la.


Yam berikan Halim izin untuk berbisnes sebab dia tahu suaminya amat ingin ceburi bidang bisnes.

Doktor mengesahkan bahawa dia ada sweet urine.
Kenapa orang Melayu namakan diabetes sebagai kencing manis eh? Siapa yang rasa kencing tu? Ni kalau aku jumpa orang ni aku nak tengok dia sertu lidah dia.



Rahman memberitahu Lem mengenai kencingnya yang mempunyai kadar gula sama seperti minuman coca-cola. Dia kata dia harus jaga kesihatan dia sebab dia masih menjaga ibunya. Dia masih ada tanggungjawab untuk dipikul.

Dia pun tidak mahu berkahwin dengan Jururawat Sapiah sebab dia taknak berkelakuan tidak adil kepada Hasnah yang terpaksa jaga ibunya dan dia kelak.


love sparks flying????

Si Sham tak beritahu sesiapa pasal perancangan dia, terus bawak kawan-kawan dia ubah suai la apa la. Terkejut si Halim dengan Rahman. Ni konsperm si Jef akan mengamuk punya!
Episod 7

Si dekni terpaksa diberhentikan kerja kerana syarikatnya mengalami sedikit masalah. Tengok muka dia tu sedih. Kau pun dah berumur. Pencen sua.

Jururawat Sapiah cuba menelefon Rahman tetapi tidak ada orang jawab. Dia telefon tempat kerja, orang beritahu dia bahawa Rahman cuti.

Rahman memberitahu ibunya bahawa dia ambil cuti setengah hari dan harus pulang kerja untuk menolong Jennifer. Mak dia eh.

Dia memberitahu suaminya bahawa dia diberhentikan kerja. Si Jef langsung tak rasa kasihan?? Dia kata bagus hahahaha. Abeh dia kata dia bosan duduk kat rumah sebab takde orang nak layan dia.
Tu la kau, siapa suruh buat satu anak je. Hmm, aku cadangkan, kau amek anak ikan. Kau kan kaya?

Si Rizal tiba-tiba muncul. Tanpa isterinya. Dia nak minta maaf la sebab tak datang awal. Abeh mak dia mengamuk sebab tak call pun!! Mak dia kata kalau bapak dia mati baru dia sampai.

ISHHH!

????? Eh apa peribahasa tu. Lupa pulak.

Jururawat Sapiah ke rumah Rahman untuk memberi kuih talam jagung. Tapi, Rahman takda.


BUAT FITNAH LA TU. DAH TUA TAK TAKOT DOSA.

Ha kau api neraqa. Bukak sua tutz tu.

Rahman terjumpa seTupperware Kuih Talam Jagung di dalam tong sampah. Adakah dia terkejut sebab ibunya buang kuih atau Tupperware?


HAH? Mak dia terperanjat. Nasib baik tak kene serangan jantung! Mak dia kata dia khuatir.

Rizal sarankan untuk bermalam di rumah ibunya. Ini kerana bapanya sakit. Tapi isteri dia taknak la. Rude sak. Isteri dia masih ada mak bapak tak? Abeh isteri dia mula la berbual panjang lebar.
Rizal pun rasa serba salah. Seolah-olah dalam dilema antara ibu dan isteri.
Tu la kau, mak kau ada anak satu, dia menyesal. So, sekarang… Kau kenek ada bini 4.


Sesi propaganda.

Wow, hampir siap eh kafe mereka! Syabas. Ini semua hasil kerja Sham! Sham tak sabar nak surprisekan si Jef.

Jef muncul dan terkejut beruk bila ternampak kafe dia. Dia tak suka!


Jef berkata-kata tanpa berfikir eh? Halim kata ini kerja keras Sham dan mereka terpaksa buat tanpa pengetahuan Jef sebab nak kejar deadline + tidak mahu kacau Jef sebab dia kan sakit. Abeh Jef kata Halim tak sumbang satu sen pun dalam bisnes ni? OMG JEF. Kau tu kurang diajar ye.

!!!! Tak berhati perut!

Entah. Padahal Jef je sorang yang ye-ye-oh sangat hahaha. Korang macam lembu dicucuk hidung.

Dah la Sham. Kau bekerja dengan orang yang mempunyai objektif yang sama seperti kau. Bukan si Jef.

Ni isteri dia tengah stres pasal anak, aku rasa dia sedang menopause. Tambah stres pasal bisnes suami dia hahahais. Kesian.
Ekcili, si Jef nak bukak bisnes dengan rakan yang dia lama tak jumpa memang tak masuk akal ah. I knew it was chaos ald when I watched the first episode. Ni flopz maha flopz.
Mungkinkah bisnes Jef akan berterusan? Perhubungan Rizal dan ibunya serta isterinya bagaimana pula? Perhubungan Rahman dan Jururawat Sapiah putus sebab ibu Rahman? Kenapa nasib Sapiah asyik begitu je? Drama MM2 pun hais. Apa akan Halim kata kepada isterinya? Dia tu dah berhenti kerja untuk berbisnes!
Jangan lupa untuk mengikuti hashtag #KembaliBersinar dan ikuti saya di media sosial!
https://twitter.com/Pengkritique
https://www.facebook.com/pengkritiksandiwara/
-Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)



[…] Untuk baca episod lepas, klik di sini: 1, 2-4, 5-7. […]
LikeLike