Salam BerterimaKasihMemberi (Thanksgiving), wahai sahabat handai. Memang Singapore tak sambut Thanksgiving tapi orang-orang yang datang dari China untuk mencari rezeki di Singapura sepatutnya berterima kasih kepada kaum Asli di Singapura. Kini, kaum dia dah menguasai segalanya. Hmm.. Drama yang bakal saya kupaskan pun ada kena mengena…
Kembali Bersinar merupakan sebuah drama buat Generasi Perintis (Pioneer Generation, PG) dari badan PG ni. Ia seolah-olah sebuah drama pendidikan bagi PG agar dapat meningkatkan kesedaran akan nikmat kad PG dan sebagainya. Ataupun, propaganda la.

Oleh kerana ia drama buat PG, hampir 80% pelakon merupakan pelakon veteran.
Episod 1
Ini Rahman. Ibunya sakit mental kot. Asyik minta tolong lipat kain. Padahal dia nak pergi jemputan. Apa la mak dia. Tengok muka dia tu, dah tak larat.

Ini pula Jef dan isterinya. Anak mereka, Rizal baru sahaja bernikah. Wow, Suzairhe Sumari dah lama tak berlakon. Rindu dengan lakonannya serta suaranya yang memang dikhaskan buat TV!

Ini pula Halim dan isterinya, TaroYam.

Halim, Jef dan Rahman merupakan 3 sekawan yang sudah lama tidak berjumpa. Dah jumpa ni apa lagi. Duduk berborak tak ingatkan isteri la.

Kali terakhir mereka jumpa adalah 2 tahun lepas semasa pemergian isteri Rahman.

Ini pula Suhana. Anak kepada Halim dan Yam. Mereka dua beranak asyik tunggukan si Halim untuk habis berborak sebab Yam dan Halim ada kursus umrah selepas ini dan mereka sudah lambat.

Yam ni makcik biasa la nak beli kurma la tudung la apa la bila pergi umrah nanti. Suami dia membantah sebab nak fokus kepada ibadah sahaja.

Yam mempunyai penyakit darah tinggi namun tidak mahu ambil ubat dan jumpa doktor. Dia mempunyai cara tersendiri untuk sembuh. Aku rasa dia gunakan polong Mak Temah dari LepakOneKorner?

Ekspresi muka kededua suami dan anaknya bertukar apabila Yam berdegil dan masih mahu mengharapkan ubat tradisional untuk merawat peningnya itu. Sigh. Keluarga kau amat prihatin atas kesihatan kau, cik kak oi!


LOL. Mak si Rizal ni amat clingy dan siapkan Sambal Tumis Ikan Bilis buat anaknya? Padahal anak dia nak pergi Europe untuk berbulanmadu!

Macam lah anak kau tak pergi NS?? Rileck ah makcik.

Sigh. Anak kau nak keluar kau suruh lipat baju lagi…

Jef ingin membuka sebuah restoran kerana anaknya telah pun bebas daripada jagaannya. Dia pun bercadang untuk buka bisnes bersama rakan-rakannya.

Halim tidak setuju kerana sibuk. Rahman pula tidak setuju kerana masih bekerja dan ingin menjaga ibunya.
Sesungguhnya, saya tidak faham si Jef. Dia macam suruh rakannya berniaga tapi bila rakannya tidak setuju dia macam memberontak? Huh. Bukan semua orang macam kau tinggal dalam mansionette seh.

Yam dimasukkan di hospital kerana pengsan di rumah.


Wow wow wow Sapiah dari Mengejar Mentari kini Kembali Bersinar. Dah upgrade jadi missy/jururawat ke? Tapi, tetap menggatal dengan Abang Rahman tu eh. Kononnya terlanggar lah… Ada motif tu.
Si Sapiah ni pun melegakan keadaan dan berjaya meyakinkan Yam agar diperiksa.

Rahman macam syiok kat Sapiah je…

Yam tidak mahu berada di hospital kerana takut bil melambung dan sebagainya.


NAMUN! Usah risau, usah khuatir. Rahman ni dah hafal segala maklumat mengenai Medishield Hayat serta Generasi Perintis. #ProductPlacement
Rahman pun menerangkan tentang Medishield dan Yam tak harus fikir sangat tentang bil hospital.

Wa wa wa. Canggih.

Yam menyuruh suami dan anaknya pulang rumah untuk berehat. Hmm.. Macam ada yang tak kena.

Sapiah ke bilik wad lelaki untuk mencari target baharu.
Chey tak la dia sedar bahawa Yam tiada di katil! Oh no!

Sapiah segera bertanya jururawat yang lain tentang Yam.

Tanpa membuang masa, Sapiah menelefon suami Yam untuk memberitahu bahawa Yam hilang! Cuak muka Halim ni.
Entah-entah Yam pergi vending machine yang kat belakang korner tu…
Drama ni saya rasa macam takda oomph? Mungkin sebab drama untuk orang tua + tingkatkan kesedaran mengenai PG so… Tak payah nak belit la eh. Make it simple dan mudah difaham. Ok la episod pertama je dah ada peristiwa yang memeranjatkan eh hahaha. Kita lihat sahaja episod-episod akan datang. Apa lagi informasi mengenai PG akan diberitahu? Episod ini Medishield Hayat bersama PG.
Tahukah anda, Taufik Batisah menyanyikan lagu Izinkan Ku buat Generasi Perintis sempena drama ini?
Hensem banget Abang Taufik kita ni.
– Pengkritik Saniwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)

[…] baca episod lepas, klik di sini: 1, 2-4, […]
LikeLike