Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku yang senantiasa menunggu saya untuk menulis post baharu. #worldprak Mediacorp Suria ada drama baru yang menggantikan slot Menantu Internasional! Ia merupakan terbitan Eaglevision juga! Tajuknya ialah… P.I.Z… Hmmm?
P.I.Z tu apa eh? Penyakit Inginkan Zina??? Astagha hahaha. P.I.Zza? P.I.Z be upon you?
Sebenarnya P.I.Z bermaksud Private Investigator Zack. Drama ini mengisahkan tentang seorang bekas anggota polis bernama Zack, lakonan Nick Mikhail, yang kehilangan anak perempuannya dan kini bekerja sebagai seorang PI. Nampaknya Suria ada lagi drama polis-polis! Saya paling suka drama Kes 325/235 lakonan Ariati Tyeb Papar! Drama Di Luar Garisan lakonan Hisyam Hamid dan Sani Hussein pada mulanya best namun hilang oomphnya setelah beberapa episod! Jadi, apa yang lain pada drama ini ya?
Oh, kisah bedek rupanya. Ingatkan kisah benar.
??? Dia berlari-lari di blok usang tengah cari apa entah??
Dia berbual sorang kata dah selesai tugas dalam masa seminit tapi tiba di destinasi yang salah? LOL???
So… Orang jahat ni pun tak puas hati dan menyembelih budak yang berada dalam genggamannya????
Budak tu pun mati. Tak tau budak ni siapa dan kaitannya bersama Zack.
Urgh lost???
So, kita rewind balik ye. Ni mereka menggunakan teknik imbas ke masa hadapan jadi kita balik ke masa kini. Zack bekerja di gedung Harvey Norman (agaknya) namun apabila lagu klasik (lagu yang tenenenenenene-nenenene-nenenene bila kau bukak musical box) dia tiba-tiba migraine???
Zack pun dipecat akibat migrainenya itu. #DiscriminationAtWork
Tiba di rumah, isterinya, Linda, menyuruhnya luangkan masa bersama anak lelakinya namun dia bingit??? Gila. Anak kau tu masih perlukan kasih sayang seorang bapa.
Dahulunya, mereka berempat merupakan keluarga bahagia namun setelah kehilangan anak perempuan mereka, Zack macam tak tenteram dan hilang waras sikit.
Mummy memang sengaja tanak butang sebab nak tunjuk la duh. Astagha kenapa Suria adakan skrip seperti ini??? HARAM!
Zack mencari kerja di sebuah bakery tapi dia over-qualified tapi dia tetap cuba.
Anak wanita ini hilang apabila dia membeli roti. Anak dia bernama Zam. Saya rasa anak dia kat Mekah tengah buat air Zamzam.
Eh eh si Khalid ni!!! Lepas keluar penjara dah serik jadi bapak ayam nak curi budak pulak ke??? Kurang ajar eh!! Dia masukkan budak Zam tu dalam but kereta???
Si budak ni boleh senyum lebar dan berketawa setelah diculik??? Tak rasa takut ataupun trauma eh!! Aku rasa dia memang ada fetish kenek culik kot?? Dia gila ke?? Abeh si wanita ni kata “nama saya Nemo” HUH????? Kirakan salah satu tangannya pendek?
Tu la. Kenapa bertemu di tengah-tengah jalan dan bukan di restoran? Merepek punya orang.
Si Encik Razali ni syak bahawa ada syarikat lain yang dengki dan mahu merosakkan peniagaan beliau. Oleh kerana itu, dia perlukan khidmat Nemo (Nemo seorang peguam) untuk menyaman syarikat pesaingnya itu. Namun, masalahnya ialah… Encik Razali cuma syak dan tidak mempunyai bukti-bukti kukuh.
Tapi si Nemo ni mata duitan dia kata yes je.
Ni Sam. Dia pernah bekerja untuk Nemo. Dia cedera parah apabila ingin mendapatkan bukti untuk kes Nemo yang lalu. Wow cedera rabak ni. Nemo ni dia suruh orang cari bukti ke apa eh? Nampaknya si Nemo bukan calang-calang peguam!
Nemo ke kedai roti itu untuk mendapatkan maklumat Zack. Erm… Si mamat yang jaga kedai ni kasi borang Zack???? Rude sak. Kan rahsia peribadi seseorang omg!!! Gila.
Anaknya inginkan bapanya pergi ke PTM tapi dia tahu bapak dia confirm sibuk. (and wow dia dapat cium Wahyu Rahman?? Kalau cerita ni kat RTM dah kenek tangkap basah siol, esok nikah ye)
Dahulunya, apabila Zack dan isterinya hadir ke PTM anak perempuannya, anak perempuannya hilang. Dalam sekolah pun boleh hilang eh? Pelik. Tapi agak realistik ah sebab ada banyak orang dewasa yang masuk sekolah dan boleh culik dengan senang.
Hmmm dia sediakan sebab dia takde duit nak bagi buat belanja. So, bawak bekal sudah.
Jeng jeng jeng.
Nemo menelefonnya dan bertanya banyak soalan apabila mereka jumpa. Si Zack pun rimas la ingatkan si Nemo ni stalker gila.
Tapi dia bilang isteri dia yang dia pergi interviu kerja.
Anaknya gembira kerana bapanya setuju untuk ke PTM. Hmm… Kita lihat saja, ya dik.
Nemo menelefon Zack sekali lagi tapi Linda yang jawab. Cemburu ke?
Nemo pun memberinya tawaran untuk bekerja sebagai PI. Kenapa Nemo berpendapat bahawa dia layak untuk melakukan tugas ni eh? Zack bukannya emotionally stable. Kalau si Zack cedera parah macam mana? Dia pun menjelaskan misi pertamanya. Iaitu untuk mencari penggodam ataupun “hacker” yang telah mencerobohi sistem Encik Razali. Zack kata ok can tapi ada syarat. Tiada orang harus tahu akan kerjanya ini, dia hanya bekerja dengan Nemo dan sebagainya la eh untuk menjamin kerahsiaan identiti beliau.
Zack meminta tolong rakannya, Olio, untuk memecahkan kombinasi nombor yang tertera di dalam sistem Encik Razali. Olio merupakan seorang “world class hacker“. Bagus eh Suria. Bila watak hacker je mesti pakai cermin mata, topi, ada dua komputer dan suka baca komik superhero. Anyway, asal nama dia Olio?? Suria ada banyak penonton Filipino/Pinoy ke? Nemo la, Olio la.
Pantat mampat! Encik Razali ingin bertanya perkembangan kes beliau.
Satu malam mereka cuba crack kod-kod berikut tapi tak berjaya. Sampai Zack terlambat untuk PTM.
Setelah Nemo memesan Zack untuk cepat-cepat pecahkan kod, barulah Zack dapat meneka kod itu! Sebenarnya, nombor-nombor yang tertera merupakan jumlah bilangan butang nombor itu ditaipkan di keyboard stail dulu-dulu (Nokia phone) agar huruf keluar. Sebagai contoh; 22=b, 33=e dan sebagainya. Zack pun pecahkan kod dan mesej yang disembunyikan adalah “It’s your lucky day” wow.
Setelah pecahkan kod itu, Zack amat gembira sehinggakan dia berada dalam puncak khalwat. Lihat tu muka dia.
Haha. Rilek ah dik. PTM je pe?? Ramai budak-budak lain yang tanak ibu bapa mereka ke PTM. Ni bukannya persembahan atau pun Sports Day. Saya rasa kalau ibu bapa tidak ke acara seperti persembahan atau pun pertandingan lagi menyedihkan?? So, kau duduk diam sudah eh jangan nak beremosi tak tentu pasal. Tapi kes kau mungkin lain la eh sebab bapak kau dah tak layan kau lagi.
Sejauh ini, saya rasa drama ini amat menarik. Penuh dengan tanda tanya dan saspens. Walaupun saya agak keliru apabila menonton episod pertama ini kerana terlalu banyak kejadian! Tapi takpelah, episod pertama. Diorang masih mahu mengukuhkan plot cerita. Saya memang suka drama misteri macam gini. Harap-harap unsur misterinya tidak akan pudar ya! Saya cuma tidak suka satu perkara sahaja… Nama watak yang pelik-pelik. Gila.
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)
[…] Salam murah rezeki, wahai pembaca setiaku yang bakal ke Jannah, insyaAllah. Kali ini, saya akan mengupas drama bersiri P.I. Z bagi episod 2 dan juga 3. Bagi anda yang terlepas membaca episod satu, sila klik di sini. […]
LikeLike
[…] anda yang mahu membaca episod-episod lepas, sila klik di sini: 1, 2/3, 4/5, 6/7, 8/9 dan […]
LikeLike
[…] PIZ […]
LikeLike