Salam Muharram dan Salam Tahun Baru, wahai brother and sisters in Islam! (Chey) Ok, tahun baru = azam baru ye. Dan azam baru anda adalah untuk menjadi pembaca setia blog Pengkritik Sandiwara ye. Alhamdulillah ye, blog ini telah mencecah lebih daripada 2000 views!
Tanpa membuang masa, ayuh kita lihat apa si Syarif dan Fadhlur dah buat kat New Zealand!
Pada episod lepas, mereka mengalami masalah dengan kereta mereka yang secara tiba-tiba rosak. Mereka pun menolak kereta mereka ke tempat meletak kereta yang terdekat. Dengan segera, mereka menelefon kedai kereta sewa tersebut dan mendapatkan pertolongan. Mereka mencari tempat untuk bermalam semasa kedai sewa kereta itu menghantar pekerjanya untuk memperbaiki kereta tersebut.
Semasa mereka ingin mencari tempat penginapan, mereka menerima mesej daripada pihak Zoom. Mereka diarahkan untuk melihat bintang-bintang (stargazing) dan mereka boleh membuka kotak misteri yang mereka terima buat misi sebelumnya. Malangnya, inti kotak itu tidak memuaskan! Hanya ada serbuk milo , biskut dan heat packs.
Tapi, apa nak buat? Diorang pun tiada pilihan. Nak stargaze tapi takde bintang pun lol???
Misi mereka adalah untuk ke Maori Village namun si Fadhlur nak sangat naik Shweeb ni entah kenapa? Macam lah bajet dia tu besaq sangat!! Syarif mati-mati taknak tapi mungkin ini pengalaman sekali dalam kehidupan dia so dia pun kata ok.
Dah seronok naik, diorang pun nak try lagi macam-macam! OI BAJET TAK JAGA KE???? Nanti menyesal.
LOL
Misi utama mereka adalah untuk ke Maori Village dan melakukan persembahan Haka dan mereka nampaknya berjaya melakukan misi tersebut!
Namun, mereka belum dapat ganjaran mereka lagi! Mereka harus menterjemahkan 5 perkataan/frasa Maori. Fadhlur sebenarnya menerima senarai perkataan Maori tetapi tidak menghafal dan juga dia tidak berkongsi bersama Syarif… Jeng jeng jeng. (Actually korang sepatutnya buat homework???)
Mereka menjawab 3/5 soalan dengan betul. Tak dapat ganjaran!
Misi mereka ke Wellington masih belum selesai. Dan mereka diberitahu bahawa Wellington mengalami banjir teruk sehinggakan ada yang terkorban! Mereka mula risau! Keesokan harinya, keadaan mula reda dan mereka sambung perjalanan mereka ke Wellington.
Tiba sahaja di Wellington, mereka menerima mesej. Misi mereka seterusnya adalah untuk busking. Hais, senangnya misi diorang! Lepastu muatnaikkan di Instagram dan harus mendapat 100 likes dalam satu jam! SENANGNYA. Mereka berjaya misi ini dan dapat $300.
Mereka di muzium percuma wow. Dan mempelajari banyak perkara di muzium tersebut oleh pegawai muzium.
Aku rasa ni sotong polong.
#ZoomZoom Kau tengok tu. Si Syarif sedang memegang iPhone yang diberi pihak Zoom di tangannya manakala terdapat lagi sebuah telefon bijak di dalam kocek seluarnya. Dalam episod pertama, mereka kata kesemua telefon dan dompet telah dikebas oleh pihak Zoom. HMM PENIPU BESAQ.
Setelah habis berjalan-jalan di muzium itu, mereka harus menjawab 10 soalan. Setiap jawapan yang betul, mereka diberi $100. Mereka hanya dapat menjawab 7 soalan dengan tepat. Si Syarif ni pronounce “lieutenant” sebagai “liew-te-nent”??? Aku nak mati sak, dia fikir apa???? URGH. Aku rasa dia pronounce “colonel” sebagai “ko-lo-nel” #dead
Mereka mahu pulangkan kereta sewa mereka namun kedai tersebut sudah tutup! Jeng Jeng Jeng!
Mereka pun menaiki feri ke Southern Island ke apa entah dan ingin meniru gaya Taufik Batisah. Lame.
Mereka melihat ikan paus di atas bot. Mereka menggunakan alat infrasound untuk mengesan gelombang suara untuk menjejak ikan paus ni. Hebat! Kenapa pihak Zoom banyak buang masa dengan benda-benda ni dan bukan misi-misi mencabar?????
Entah macam mana mereka boleh berkenalan dengan pasangan ni dan bermalaman di rumah mereka.
Syarif bertanya berapa “sheeps” ada dan si mamat omputeh kata “8000 sheep”. Si Fadhlur “wow 8000 sheeps”. Hais, mamat omputeh tu dah betulkan korang tau. There is no such things as “sheeps”!!!
Misi mereka di sini adalah untuk memberi makan kepada kambing-kambing, mengasingkan antara jantan dan betina dan juga mengasingkan bulu-bulu mereka.
COMEL. Namun, 2 daripada kambing itu tersalah kandang, jadi mereka terpaksa mencari 2 ekor itu! Mereka mengambil hampir sejam untuk mencari kambing 2 ekor tu.
Tugas terakhir adalah untuk mengasingkan bulu-bulu kambing. Yuck?? Sebab ada bekas taik dan bau badan kambing hahahaha. Mereka kesuntukan masa ya!!!
Zzzzz banyak gagal ah ni dua pengembara Zoom.
Misi seterusnya adalah untuk ke Queenstown. Naik MRT sudah. Oh, tak eh?
Mereka mencari tempat untuk bermalam namun takde banyak wang sebab $1000 sudah ditarik balik kerana gagal misi sebelumnya. Mereka cuba mencari kerja untuk membayar kos penginapan mereka. Tu la pergi naik Shweeb la ini la itu la. Kalau $10 takpe. Ni >$60 sak. Padan muka!
Chey, bersihkan tandas? Takkan masa NS tak pernah buat eh ni dua ekor. Aku gedebik kang.
Saya tetap belum puas hati dengan musim Zoom kali ini walaupun telah memasuki episod 4! Tiada lari-lari macam nak rak?? Misi mereka hampir semuanya senang dan tidak memerlukan kecekapan minda dan fizikal yang keterlaluan. (seperti busking??? ape sak) Mereka belum gaduh besar. Hahahahaha. Tu yang saya tunggu. Mereka belum mengatakan “ZOOM NEW ZEALAND” sambil menunjukkan iPhone mereka seperti musim-musim sebelumnya! Tiba masanya untuk UP YOUR GAME.
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)
Salam,
By any chance,do you have the soalan for episode 3?
Thanks.
Fiza
LikeLiked by 1 person
Salam.
Kalau saya ada, awak sanggup kongsi habuannya?
LikeLike
Hi Feezah,
Episode 3? Can you contact me via email equin_blacky@hotmail.com?
Rgds
Ida
LikeLike
Hi Feezah,
soalan 3? Can you contact me via email equin_blacky@hotmail.com?
Thanks
Rgds
Ida
LikeLike