Salam Oktober, wahai rakan-rakan! Apa khabar? Rasa macam dah lama saya tak update blog ini hahaha. Ok, kali ini saya akan tulis pasal telemovie khas hari raya haji sekali lagi. Tajuknya “Senarai Aji”.
Apabila saya terdengar tajuk ini, saya ingatkan ia merupakan “bucket list” watak utama sebelum dia berangkat pergi haji. Namun bukan. Drama ini mengisahkan seorang bekas banduan yang baru sahaja keluar dari penjara dan mahu taubat. Sebelum dimasukkan dalam penjara, ibunya mengajaknya ke haji. Oleh itu, dia menulis senarai tersebut untuk membuktikan bahawa dia tidak layak untuk ke haji dan mahu meminta maaf kepada orang-orang yang telah menjadi mangsa perbuatan silamnya.
Ini merupakan kali pertama saya menonton Suhaimi Yusof membawa watak yang serius setelah beberapa tahun lamanya. Lakonannya sebagai watak utama sungguh meyakinkan!
Kawan baik Aji, Rahim, menjemputnya pulang dari penjara. Dia mengajak Aji tinggal bersama di rumahnya.
Namun, isteri Rahim amat tidak bersetuju dengan keputusan suaminya kerana mereka tidak berbincang dahulu. Hahaha.
Rahim bertanya Aji apakah perancangannya setelah keluar dari penjara. Aji mahu taubat dan mencari rezeki yang halal.
Namun, Rahim masih ingin melakukan kerja kurang baik seperti dahulu kala.
Dahulunya, mereka berdua menubuhkan skim pelaburan haji. Ia merupakan skim penipuan lah. Hasilnya amat lumayan.
Tetapi, setelah orang ramai mendapat tahu bahawa mereka berdua merupakan penipu besar, ramai orang serbu si dua ekor ni. Tapi, Aji je yang ditangkap. Rahim berjaya melarikan diri dan Aji tidak menyebut namanya kepada pihak polis.
Mereka suami isteri menghadapi masalah kewangan namun Rahim tetap memberi wang kepada Aji.
Alhamdulillah Aji dapat kerja, ye. Walaupun sebelum ini direjek oleh beberapa kedai makan kerana dia mempunyai rekod jenayah.
Hahaha si dekni salesman jual Magic Cloth tapi takde hasil sebab tak mujarab???

Aji ke kedai ibunya namun ibunya telah menjual kedai tersebut. Dia ingin sangat bertemu dengan ibunya dan meminta maaf.
Dahulunya, ibunya mengajaknya ke haji namun dia menolak tawaran tersebut atas sebab “sibuk”.
Adiknya, Sukardi (Di), berkata dia sibuk menipu orang. Semenjak hari itu, dia keluar dari rumah ibunya dan membawa diri.
Dia menunjukkan senarainya kepada Rahim dan menjelaskan mengapa dia rasa dia tidak layak untuk ke haji. Ini kerana dia berpendapat dia terlalu banyak dosa dan rasa bersalah terhadap ramai orang.
Aji ke rumah adiknya dan mendapat tahu bahawa ibu mereka sudah meninggal dunia. Di menghalang ibu mereka daripada melawat Aji di penjara kerana hatinya remuk apabila Aji menghilangkan diri dan tidak ambil peduli perihal ibu mereka semasa ibu mereka masih hidup.
Isteri Di memberi kunci rumah ibu mereka kepada Aji kerana ibu mereka berpesan untuk berbuat sedemikian.
Aji menceritakan kepada Rahim bahawa ibunya sudah tiada lagi.
Isteri Di cuba melembutkan hati Di namun Di seolah-olah tidak boleh memaafkan abangnya. Sehinggakan Di ingin memutuskan tali persaudaraan bersama abangnya dan tidak mahu memanggil Aji “abang”.
Keesokan harinya, Aji ke kubur ibunya dan terjumpa seoarang ustaz. Dia meluahkan segala masalahnya kepada ustaz tersebut. Ustaz berkata pintu taubat sudah terbuka dan Aji sepatutnya mulakan dengan perkara kecil di dalam senarainya.
Semasa di kerja, Rahim terdengar kata-kata orang yang kini membeli air yang beralkali dan mempunyai zat-zat besi serta oksigen. Hmm.. Macam pernah dengar!
HAHAHAHAHA. Air Anugerah ni memang menipu. Ekcili semua air botol menipu!! Fiji water pun. Air paip pun beralkali seh.
Rahim memberitahu ideanya iaitu untuk mengadakan “skim pelaburan air zamzam”. Aji amat kecewa dengan Rahim.
Rahim mencuri wang dan barang kemas isterinya untuk membuat modal. Aji menghantar SMS untuk berpesan padanya agar tidak melakukan kerja bodoh itu.
Aji mula dengan senarainya. Dia berjumpa dengan orang-orang yang dia telah berbuat salah. Dia mula dengan perkara yang kecil.
Salah satu daripada senarainya adalah meminta maaf kepada isterinya. Dia telah menceraikan isterinya.

Tiba saja di rumah bekas isterinya, dia mendapat tahu bahawa isterinya sudah meninggal dunia. Hmm… Nampaknya kededua wanita dalam hidupnya telah meninggal dunia.
Dia terkejut beruk lah dapat tahu bahawa dia ada anak??? WHUT.
Di dalam kotak tersebut, ada diary bekas isterinya. Bekas isterinya tulis pasal hidupnya serta anaknya. Bekas isterinya meninggal akibat barah.
Adegan paling kelakar hahahha.
Aji menjemput anaknya selepas sekolah untuk meluangkan masa bersama.
Aji terbaca iklan ini di suratkhabar dan tahu bahawa ini mesti kerja si Rahim! (Eh iklan dia besaq sia berapa ribu dolar tu!! Banyak sangat ke duit Rahim???)
Si “Haji Rahim Bin Sheikh…” pun mula sesi penipuan hahaha.
Ni dua penyangak tetiba datang kata ni skim penipuan dan bukan skim air zamzam merepek.
Aji dengan segera datang untuk menyelamatkan keadaan. Dia kata dia mengadakan sidang ini supaya mereka dapat bertemu dengan orang-orang yang telah ditipu dan meminta maaf. Dia mahu mengembalikan wang yang lesap balik kepada mereka.
Ni dua penyangak kata seorang wanita bernama Mak Munah telah mengembalikan wang kepada ibu bapa mereka. (si baju merah ni takde skrip tapi pergerakan badan dia melebih???? Merepek sak)
Rahim cuba menjelaskan kepada Aji mengapa dia berbuat demikian. Namun, Aji tidak mahu Rahim mengulangi perbuatannya yang dahulu.
Rupa-rupanya, ibu Aji menjual kedainya kerana ingin mengembalikan wang kepada mangsa-mangsa skim penipuan Aji. Sungguh baik hati ye, Mak Munah. Agak sekarang tengah berswimming di Jannah.
LOL.
Aji ke rumah Cik Habibah. Cik Habibah merupakan mangsa terakhirnya. Ibunya tidak sempat berjumpa dengan Cik Habibah kerana kesihatannya semakin buruk. Oleh itu, dia meninggalkan wangnya di rumah agar Aji dapat mengembalikan wang tersebut kepada Cik Habibah.
Malangnya, wang tidak dapat menyelesaikan segalanya. Cik Habibah amat uzur dan tidak boleh menunaikan haji.
Budi terdengar perbualan mereka.
Setelah mendapat tahu bahawa bapanya seorang yang amat kejam dan jahat, dia amat marah dan sedih sekali. (Lakonan si cilik ni amat MANTAP ye kenapa baru sekarang Suria nak tunjuk muka dia?? Pelakon cilik lain semua kaku!! GET ON HIS LEVEL)
Si Rahim dah taubat! Alhamdulillah.
Aji menceritakan tentang kisah Cik Habibah. Rahim pun mencadangkan Badal Haji.
Mereka berdua berjumpa dengan ustaz untuk bertanya tentang Badal Haji. Ustaz pun berkata dia sering sebut kisah si Aji dalam ceramahnya kepada murid-muridnya.
JENG JENG JENG. Di merupakan salah satu murid ustaz tersebut.
Mereka pun bermaaf-maafan ye.
Alhamdulillah ye. Sesungguhnya air dicencang tiada putus.
Aji bersama ustaz pergi ke rumah Cik Habibah dan menjelas hajat mereka. Semua beres la kirakan eh.
Rahim pun menjelaskan perkara sebenar kepada Budi dan kini Budi tidak marah kepada bapanya lagi. Aji pun berkata bahawa senarainya hampir selesai, kecuali satu. Iaitu untuk meminta maaf pada bekas isterinya.
Budi teringat kata-kata ibunya. Ibunya berkata bahawa dia telah lama memaafkan ayahnya, Aji.
ALHAMDULILLAH HAPPY ENDING YE. Walaupun amat klisye tapi menusuk kalbu ah ni drama!!
Secara terus terang, saya amat suka dengan telemovie ini! Ia satu drama yang serius dan menimbulkan isu-isu penting yang relevan kepada masyarakat kita. Ia juga berjaya membawa unsur-unsur humor! Lakonan para pelakon dalam telemovie ini juga amat bagus sekali dan amat semula jadi, terutama sekali pelakon cilik itu! Saya berpendapat bahawa ia merupakan drama Hari Raya Haji yang amat “lengkap” sekali kerana ia mengisahkan seseorang yang ingin bertaubat, telah berkorban, ingin orang tersayang berubah, mengeratkan silaturahim sesama saudara dan banyak lagi. Syabas, Suria!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos are from Mediacorp Suria’s Toggle)



























































[…] Iklan: Minumlah Air Anugerah. Ini kerana air paip tidak beralkali seperti air anugerah. Air paip mengandungi kadar asid yang tinggi yang boleh menyebabkan anda mati. Belilah air anugerah pada harga $2/botol. Jangan minum air paip yang harganya amat murah, in fact, berapa sen je. Kerana teknologi PUB tidak begitu canggih untuk menjernihkan air yang selamat untuk diminum. Bagi anda yang telah mengikuti blog ini dari dulu lagi, anda pasti tahu bahawa saya anti-bottled water. Water ya not drinks. Read it here. […]
LikeLike