Siti Nurhaliza bakal nyanyikan lagu terbaru secara eksklusif di konsert Singapura

Biduanita Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza akan menyanyikan sebuah lagu baharu buat julung kalinya di konsert The Next Wave, di Singapura.

Advertisements

Menurut artikel The Straits Time, penyanyi itu berkata “Singapura sentiasa istimewa”.

Kepada penggemar konsert Siti, pasti anda tahu bahawa penyanyi itu sering ada lagu eksklusif di setiap konsert dan konsert di Stadium Tertutup Singapura tidak terkecuali. Beliau menambah bahawa beliau akan debut lagu baharu pada 26 Julai nanti.

Judulnya belum didedahkan tetapi Sitizoners boleh menjangkakan sebuah lagu balada.

Ini merupakan kali kedua Siti akan menghiburkan peminatnya di Stadium Tertutup Singapura. Kali pertama adalah dua dekad lalu.

Advertisements

Dalam konsert ini, Siti telah mempelawa Hael Husaini sebagai penyanyi jemputan.

Mungkin… Hael Husaini yang tulis lagu baru Tokti, kot?

Anda boleh membeli tiket konsert The Next Wave, Siti Nurhaliza LIVE in Singapore di lelaman Sistic.

Advertisements

2 comments

Tinggalkan Jawapan kepada Takde merch, tak sold out, konsert Biduanita Malaysia di Singapura tetap menyegat! – Pengkritik Sandiwara Batal balasan