Peminat muzik rock pasti tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan dua legenda rock Malaysia terkenal, Exists dan Slam, bersatu di pentas yang sama dalam sebuah konsert gabungan meletop 2025!
Menurut siaran dikongsi oleh Shiraz Projects di Instagram, konsert ini akan diadakan pada 29 November, Sabtu di Bukit Bintang Temasek (Star Theatre). Tiket untuk acara ini akan mula dijual pada esok, 26 Mac, jam 10 pagi di Sistic, dengan harga bermula dari $88 sahaja.
Lebih menarik, bagi peminat tegar Exists dan Slam, terdapat pakej “Meet & Greet” eksklusif yang menawarkan peluang bertemu dengan anggota kedua-dua band legenda ini secara lebih dekat. Pakej ini juga disertakan dengan poster bertandatangan, lanyard istimewa, merchandise eksklusif, dan pelbagai lagi keistimewaan lain!
Lagu-lagu ikonik seperti Gerimis Mengundang dan Mengintai Dari Tirai Kamar pastinya bakal menggamit kenangan dan menghidupkan semula kehangatan era kegemilangan rock Malaysia. Ini adalah peluang terbaik buat peminat lama dan baharu untuk menyaksikan persembahan live yang tidak akan dilupakan.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah konsert memukau ini!


[…] Nurfaizah, Aina Abdul, Hafiz Suip, Hazama, Asmidar dan Talita Shuib ke, KRU ke, Cakra Khan ke, Exists x Slam ke, D’Masiv ke, makan dulu kat Star […]
LikeLike