Rossa umum konsert “Here I Am” tour ke Singapura

Ratu pop Indonesia, Rossa, akhirnya mengumumkan secara rasmi bahawa tour konsertnya, “Here I Am”, bakal menjelajah tiga negara iaitu Indonesia, Malaysia dan Singapura! Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang media eksklusif yang berlangsung semalam di Atrium Lippo Mall Nusantara, Jakarta.

Menariknya, Jakarta akan menjadi satu-satunya lokasi konsert ini di Indonesia. Penyanyi ‘Atas Nama Cinta‘ itu mendedahkan bahawa tour ini tidak akan singgah di kota-kota lain di Indonesia, sebaliknya hanya akan diteruskan ke Kuala Lumpur dan Singapura.

Instagram Story @inspire_idn di mana Rossa umum tour ke Malaysia dan Singapura, selain Indonesia.

Konsert di Jakarta dijadualkan berlangsung pada 23 Mei di Indonesia Arena Jakarta, dengan barisan artis jemputan yang cukup gah seperti Bernadya, Yura Yunita, JKT48 dan ramai lagi!

Bagi peminat di Malaysia, konsert “Here I Am” akan diadakan pada 14 Jun di Axiata Arena, Bukit Jalil, dengan SAH Entertainment sebagai penganjur bersama.

Namun, tarikh dan lokasi konsert di Singapura masih menjadi tanda tanya. Para peminat di Kota Singa perlu bersabar sementara menantikan pengumuman rasmi yang bakal dibuat tidak lama lagi.

Adakah Rossa akan membawa kejutan istimewa untuk peminat Singapura? Sama-sama kita nantikan!

One comment

Tinggalkan komen