Penyanyi Malaysia, Liza Hanim, akan memikat hati peminat Singapura menerusi konsert solonya yang bakal diadakan pada April 2025.
Dikenali dengan suara lunaknya dan lagu-lagu ikonik seperti “Siapa Sangka Siapa Menduga”, “Gelisah Mimpi”, dan “Getaran Cinta di Jiwa”, Liza Hanim membawa konsert berjudul “Liza Hanim: 28 Years Journey in Concert“, sebuah konsert yang merai perjalanan seni yang menjangkau hampir tiga dekad.

Konsert ini menjanjikan sesuatu yang istimewa buat peminat di Singapura. Menurut laporan Berita Mediacorp, persembahan di Bukit Bintang Temasek (Star Theatre) akan menampilkan variasi lagu berbeza daripada konsert beliau sebelum ini di Zepp Kuala Lumpur, Februari lalu.
Pemilik AS Entertainment, Adam Rashid, selaku penganjur acara ini, berkongsi:
Apa yang boleh kita jangkakan daripada konsert Liza Hanim akan datang adalah, ia lain daripada konsert beliau sewaktu di Zepp, KL, April lalu. Sebab, beliau akan adakan lebih lagu daripada ‘hit list’nya dan juga lagu yang tidak pernah dimainkan di KL akan beliau bawakan di konsert di Singapura tahun depan insyaAllah.
Harga tiket bermula daripada $78 hingga $248 (termasuk sesi temu ramah), kini boleh didapati di laman Sistic.
Pastikan anda tidak melepaskan peluang menyaksikan penyanyi ini beraksi di atas pentas. “Liza Hanim: 28 Years Journey in Concert” bakal berlangsung pada 26 April 2025, bertempatkan di Star Theatre.

[…] nak tengok konsert Liza Hanim ke, ByAjai & Mega Friends yang menampilkan Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hafiz Suip, Hazama, […]
LikeLike
[…] 26 April 2025 | 📍 The Star TheatreLiza Hanim akan menghiburkan peminat dengan konsert solo sulungnya di Singapura, lengkap dengan segmen tribut […]
LikeLike