Fabio Asher turut hiasi pentas Konsert Galau di Expo tahun depan

Fabio Asher telah diumumkan sebagai sebahagian daripada barisan artis kedua bagi konsert berskala besar anjuran SAH Entertainment, iaitu Konsert Galau: The Finale.

Gambar Fabio Asher di siaran SAH Entertainment di Instagram

Sekali lagi, warganet Singapura berjaya meneka dengan tepat siapakah artis-artis yang akan menggegarkan pentas Konsert Galau yang dijadualkan berlangsung pada Februari depan. Sebelum ini, ramai menjangka Rossa, Ungu, Exists, Fabio Asher, dan Nidji akan tampil.

Semalam, Nidji telah disahkan sebagai salah satu artis yang akan membuat penampilan, dan kini Fabio Asher turut disahkan akan menghiburkan peminatnya di Singapura.

Penyanyi popular dengan lagu-lagu hit seperti Rumah Singgah, Berharap Kau Kembali, Tanpa Rasa Bersalah, dan banyak lagi itu bakal menemui para peminatnya di Arena @ EXPO pada 22 Februari 2025.

Tiket untuk Konsert Galau: The Finale akan mula dijual minggu depan, pada 22 Oktober.

Ini merupakan kali terakhir SAH Entertainment akan menganjurkan Konsert Galau selepas kejayaan penganjuran tahun lalu.

3 comments

Tinggalkan komen