Sarah Yasmine Lancarkan Skarf Sutera Faux: Gaya Elegan untuk Semua

Setelah lebih sebulan sejak akaun bisnes Instagram Sarah Yasmine yang diberi nama “Xoxo, Sarah Yasmine” dilancarkan, akhirnya segala persoalan yang bermain di minda warganet terjawab juga.

Apa sebenarnya yang dijual oleh Sarah Yasmine?

Dari siaran Instagramnya hari ini (21 Ogos), ternyata Sarah Yasmine—pempengaruh yang tiba-tiba melonjak ke persada populariti awal tahun ini di Malaysia dan Singapura—akan menjual drumroll… skarf sutera faux.

Ya, anda tidak salah baca, skarf sutera faux, bukan sekadar skarf biasa-biasa, tau!

Gambar-gambar yang dimuat naik menunjukkan skarf-skarf ini amatlah anggun dan cantik, sesuai untuk semua wanita, baik yang freehair mahupun bertudung.

Cocok benar untuk sesiapa yang ingin tambah kilauan glamour dalam gaya harian!

Berapa corak dan warna ada?

Buat masa ini, hanya dua warna yang dipamerkan di Instagram Xoxo, Sarah Yasmine iaitu merah jambu dan hitam.

Simple dan klasik—dan mungkin juga sedikit… selamat?

Tapi, ye lah, Sarah baru nak berjinak-jinak dalam dunia perniagaan, kan? Kita doakan koleksi skarf ini akan berkembang dengan pelbagai warna dan corak yang lebih memikat!

Siapa tahu, mungkin akan ada skarf dengan corak wajah Aliff Aziz atau Merqeen untuk peminat yang betul-betul nak extra?

Harga?

Setiap helai skarf ini berharga $23, tidak termasuk harga penghantaran. Nampak macam berpatutan, kan?

Sarah juga meletakkan harga dalam Ringgit Malaysia, memberi isyarat bahawa dia turut menyasar pasaran antarabangsa, uolls!

Kalau anda berminat nak merasa skarf sutera faux ala Sarah Yasmine, bolehlah slide ke DM akaun tersebut. Tapi cepat, takut sold out!

Boleh beli kat Shopee, eh?

Ah, soalan yang ditunggu-tunggu. Salah seorang pembaca kami dengan senyap-senyap menghantar sekeping screenshot yang menunjukkan skarf-skarf yang serupa boleh dibeli di Shopee dengan harga yang lebih murah.

Dengan menggunakan teknologi “carian gambar” di aplikasi Shopee, anda sendiri boleh cari skarf yang seakan-akan sama, dijual oleh vendor-vendor lain dari China dengan harga serendah $3++.

gambar tangkap layar dihantar seorang pembaca

Tapi, eh… Hmm, biar kita husnuzon sikit.

Walaupun nampak serupa, mungkin skarf Sarah lebih lembut, lebih selesa, atau mungkin ada “sentuhan ajaib” yang kita tak tahu.

Entah-entah, dengan memakai skarf ini, aura influencer pun automatik meningkat? Siapa tahu! Menambahkan unsur demure dan cutesy mungkin?

Senang cerita, kalau anda betul-betul nak sokong perniagaan Sarah Yasmine, beli je.
Tak nak? Boleh buat bodoh dan seret ke bawah je, tak ada siapa yang paksa!

Siapakah Sarah Yasmine?

Bagi yang mungkin kurang familiar dengan nama Sarah Yasmine, dia mula dikenali tatkala saga Aliff Aziz dan Bella Astillah meletup awal tahun ini.

Pendek kata, dia juga merupakan salah seorang skandal Aliff Aziz, dan dia mendedahkan segala rahsia si Aliff.

Dari situlah nama Sarah mula meletup di Malaysia dan Singapura, dan sekarang dia seorang pempengaruh yang terkenal—kalau tak, masakan dia boleh jual skarf dengan harga macam tu, kan?

Jadi, apa lagi? Kalau nak tambah sedikit ‘Xoxo’ dalam hidup anda, skarf Sarah Yasmine mungkin jawapannya!

– Pengkritik Sandiwara

2 comments

Tinggalkan komen