Charly Van Houtten kembali ke Singapura buat kali ke-3

Bukan sekali, bukan dua kali tapi tiga kali.

Ini bakal menjadi kali ketiga Charly Van Houtten akan menghiburkan peminatnya di Singapura atas undangan SAH Entertainment.

Berjudul Setia Band – “Charly Van Houtten” Legacy Live in Singapore, anda boleh saksikan konsert ini pada 26 Oktober, Sabtu di Bukit Bintang Temasek.

Tiket-tiket bermula pada harga $78 dan boleh mula dibeli pada 31 Julai, pada 2 petang. Jualan ‘SAH Priority Sale’ pula akan bermula sehari sebelumnya, pada 30 Julai dari jam 2 petang. Anda boleh dapatkan tiket anda di Sistic.

Penyanyi yang popular dengan lagu Asmara, P.U.S.P.A, Jangan Pernah Berubah dan banyak lagi itu cipta sejarah tahun lepas dengan konsertnya bersama ST12 di mana ia laris terjual.

Nampaknya pihak penganjur juga yakin konsert kali ini akan laku dan buka Circle 2 awal-awal!

Selain di konsert ST12, Charly juga membuat persembahan bersama Setia Band di Konsert Galau.

– Pengkritik Sandiwara

3 comments

Tinggalkan komen