ALiff Aziz petik peribahasa dalam kenyataan terkini

Selebriti yang sinonim dengan kontroversi, Aliff Aziz, telah menukil sepotong peribahasa dalam kenyataannya baru-baru ini yang dikongsikan di Instagram.

Aliff yang kononnya ditangkap khalwat seperti mana dilaporkan media Malaysia, telah menuliskan kenyataan bagi perkara ini dan memetik peribahasa dalam kenyataannya.

Sumber: IG Aliff Aziz

Peribahasa yang digunakan ialah ‘menegakkan benang yang basah’ yang bermaksud melakukan perkara yang mustahil untuk dilaksanakan.

Ini membuktikan bahawa sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan (MOE) berkesan sehinggakan artis asal Singapura ini menggunakan peribahasa meskipun sudah lama tamat pengajian.

Baru-baru ini, MOE mengumumkan bahawa topik Peribahasa akan dikeluarkan daripada sukatan pelajaran bagi Peringkat ‘O’.

Semoga dengan pengaruh Aliff Aziz (tahap Nusantara!) yang tetap gunakan peribahasa dalam penggunaan sehari-hariannya dapat merubah keputusan MOE untuk masukkan balik peribahasa dalam sukatan pelajaran sekolah menengah di Singapura.

Baru-baru ini, Aliff dilanda kontroversi dan disyaki mempunyai hubungan sulit bersama retis Malaysia bernama Ruhainies. Bella Astillah meminta ruang peribadi dalam masa genting ini.

– Pengkritik Sandiwara

4 comments

Tinggalkan komen