Judika adakan konsert solo Jun ini di Singapura

Nampaknya bukan hanya Dato’ Sri Siti Nurhaliza saja yang akan menyerikan Kota Singa dengan sebuah konsert pada bulan enam nanti, penyanyi Indonesia, Judika juga akan ke Singapura bagi konsert solonya pada bulan yang sama.

Tarikh konsert Judika turut dikongsi oleh pihak penganjur iaitu SAH Entertainment.

Di Instagram, SAH mendedahkan tanggal konsert Judika iaitu pada 8 Jun tahun ini.

Namun begitu, tarikh penjualan tiket belum diumumkan. Malah, SAH bertanyakan pada pengikutnya bila mereka ingin tarikh penjualan tiket untuk bermula.

Maklumlah, kan ramai peminat SAH Entertainment selalu suka tunggu masa gaji, duit GST atau apabila syif habis kerja baru boleh beli tiket. Walhal masa gaji dan masa tamat kerja untuk setiap orang itu lain-lain.

Selain itu, SAH Entertainment sedang mengadakan dua peraduan giveaway di mana seorang pemenang bertuah akan mendapat sekeping tiket Meet & Greet dan seorang lagi akan mendapat tiket VIP. Segala butiran bagi kedua-dua peraduan ini tertera di siaran-siaran di atas.

Judika yang popular dengan lagu Aku Yang Tersakiti, Jikalau Kau Cinta, Bukan Dia Tapi Aku dan banyak lagi akan kembali untuk adakan konsert solo di Singapura selepas sedekad lamanya.

Sebelum ini, Judika juga muncul sebagai salah seorang penyanyi bagi Konsert Galau anjuran SAH Entertainment.

Adakah anda akan menonton Judika secara LIVE dalam konsert solonya kelak? Butiran lanjut seperti lokasi, harga tiket mungkin akan dikongsi dalam masa terdekat oleh pihak penganjur.

Anda boleh dapatkan tiket anda di sini apabila tarikh penjualan tiket bermula.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: SAH Entertainment)

2 comments

Tinggalkan Jawapan kepada Tiket konsert Judika mula dijual hujung bulan ini – Pengkritik Sandiwara Batal balasan