Kumpulan K-pop StayC nyanyikan lagu Sezairi di konsert SG

Siapa sangka kumpulan sebuah K-pop akan menyanyikan lagu Sezairi di konsert mereka?

Kumpulan Stayc yang popular dengan lagu ASAP, Bubble, Stereotype dan banyak lagi mendendangkan lagu It’s You nyanyian asal Sezairi yang amat popular di rantau ini termasuk Malaysia dan Indonesia.

Lagu ini mencecah 100juta strim di Spotify – pencapaian pertama sebegini yang dilakukan oleh penyanyi Singapura.

Di wadah X (dahulu dikenali sebagai Twitter), Sezairi memberi reaksinya.

Kumpulan Stayc yang dianggotai Sumin, Sieun, Isa, Seeun, Yoon, dan J telah mengadakan konsert Teen Fresh mereka di Singapura buat julung-julung kalinya di The Star Theatre pada 16 Februari (Jumaat) lalu.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: X B_nrubear, Spotify Sezairi)

Tinggalkan komen