Aik, Dewa 19 tak laku ke kat Singapura?
Itulah yang terlintas di minda apabila terbaca bahawa konsert Republik Cinta akan ditunda.
Konsert Dewa 19 anjuran Shiraz Projects yang menampilkan Virzha dan Marcello Tahitoe itu sepatutnya berlangsung pada 1 Mac ini.
Tak hairanlah ia ditunda, ini kerana sikit hari, apabila pasukan Pengkritik Sandiwara meninjau lelaman Sistic untuk melihat penjualan tiket konsert Dewa 19 yang sepatutnya berlangsung di Bukit Bintang Temasek (Star Theatre), masih banyak tempat duduk yang kosong dan belum dibeli.
Namun begitu, sebab mengapa ia ditunda tidak diberitahu. Tarikh baru juga belum diumum.
Pada mereka yang telah membeli tiket sebelum ini, difahamkan bahawa anda boleh gunakan tiket tersebut untuk konsert akan datang. Sekiranya anda ingin wang anda kembali, anda bakal menerima e-mel dari pihak penganjur.
Shiraz Projects turut memohon maaf atas kesulitan ini.
Setakat ini pada 2024, terdapat lagi satu konsert yang ditunda iaitu konsert XPDC dan Rusty Blade. Konsert yang sepatutnya berlangsung pada 10 Februari ditangguh kepada tarikh lepas Raya, 25 Mei.
Selain itu, Shiraz Projects turut menganjurkan sebuah lagi konsert di Suntec pada 2 Mac, iaitu Serumpun Berdansa yang menampilkan The Pinholes (Singapura), The Changcuters (Indonesia) dan Kugiran Masdo (Malaysia).
– Pengkritik Sandiwara

[…] konsert anjuran kedua Shiraz Projects di Singapura yang berdepan dengan kesulitan. Konsert Dewa 19 di Singapura yang seharusnya berlangsung pada 1 Mac […]
LikeLike
[…] dibatal sejauh ini adalah konsert solo NOAH, Muzikal Tribute R.Ismail, Serumpun Berdansa. Konsert Dewa 19 pula ditunda dan tiada khabar daripada pihak […]
LikeLike
[…] Blade x XPDC, Dewa 19, 6ixth Sense, Serumpun Berdansa – The Pinholes, The Changcuters dan Kugiran Masdo, Aliff Aziz […]
LikeLike
[…] yang tidak tahu, konsert Dewa19 yang dimaklumkan ditunda masih belum ada tarikh baru. Dan konsert Serumpun Berdansa yang sepatutnya […]
LikeLike
[…] ditutup bagi siaran tersebut. Ini mungkin kerana kekerapan pihak penganjur untuk membatal atau menunda konsert anjuran mereka. Agak tidak mahu dibanjiri komen pembeli tiket yang kurang puas hati? […]
LikeLike