Konsert Dewa 19 di Singapura ditunda

Aik, Dewa 19 tak laku ke kat Singapura?

Itulah yang terlintas di minda apabila terbaca bahawa konsert Republik Cinta akan ditunda.

Konsert Dewa 19 anjuran Shiraz Projects yang menampilkan Virzha dan Marcello Tahitoe itu sepatutnya berlangsung pada 1 Mac ini.

Tak hairanlah ia ditunda, ini kerana sikit hari, apabila pasukan Pengkritik Sandiwara meninjau lelaman Sistic untuk melihat penjualan tiket konsert Dewa 19 yang sepatutnya berlangsung di Bukit Bintang Temasek (Star Theatre), masih banyak tempat duduk yang kosong dan belum dibeli.

Namun begitu, sebab mengapa ia ditunda tidak diberitahu. Tarikh baru juga belum diumum.

Pada mereka yang telah membeli tiket sebelum ini, difahamkan bahawa anda boleh gunakan tiket tersebut untuk konsert akan datang. Sekiranya anda ingin wang anda kembali, anda bakal menerima e-mel dari pihak penganjur.

Shiraz Projects turut memohon maaf atas kesulitan ini.

Setakat ini pada 2024, terdapat lagi satu konsert yang ditunda iaitu konsert XPDC dan Rusty Blade. Konsert yang sepatutnya berlangsung pada 10 Februari ditangguh kepada tarikh lepas Raya, 25 Mei.

Selain itu, Shiraz Projects turut menganjurkan sebuah lagi konsert di Suntec pada 2 Mac, iaitu Serumpun Berdansa yang menampilkan The Pinholes (Singapura), The Changcuters (Indonesia) dan Kugiran Masdo (Malaysia).

– Pengkritik Sandiwara

5 comments

Tinggalkan Jawapan kepada Serumpun Berdansa dibatal – Pengkritik Sandiwara Batal balasan