Boleh tertidur tonton filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah ni.
Filem spin-off Mat Kilau ini yang dibintangi Fattah Amin, Fazura, Nadhir Nasar, Namron, Wan Hanafi Su, Dian P.Ramlee dan banyak lagi ini sepertinya tidak mengoptimakan potensi kehebatan bakat-bakat yang menghiasi filem ini.
Jalan cerita
Jalan cerita Pendekar Awang ini agak caca marba. Terlalu banyak watak, membuat penonton keliru.
Cara jalan cerita ini build up pun macam serta-merta dan tiada flow yang cantik. Menyebabkan saya hilang fokus dan terpinga-pinga. Mungkin juga dengan cara ia disunting di mana terdapat cut yang terlalu ketara.
Aksi yang seksi
Adegan lawan-lawan dalam filem arahan Shahruddin Dali dan Saiful Reza Shukor lebih mantap.
Nampak real dan lebih memuaskan! Itu yang membuat filem ini lebih bagus daripada Mat Kilau. Tapi kalau jalan cerita serta skrip, Mat Kilau lah yang menang.
Memang dahsyat betul aksi lawan. Memang lurve teroks lah babak yang perang kat hutan tu. Macam tengok cerita Hollywood pun ada!
Suka sangat adegan lawan oleh watak Brahim (Ali Karimie) tapi kalau lagi mampat, lagi seronok tengok.
Terlalu banyak watak
Kerana terlalu banyak watak sampingan, penonton tertanya-tanya apakah tujuan dan kepentingan mengenalkan watak ini semua?
Setiap watak mempunyai potensi tersendiri tapi malangnya kewujudan mereka dalam filem ini sungguh singkat.
Satu-satunya watak sampingan yang mempunyai airtime yang ‘munasabah’ adalah watak Tahir yang dibawa oleh Nadhir Nasar. Seorang pendekar yang menggunakan sains untuk kelebihan dalam berperang.
Tapi, bagaimana dengan yang lain? Brahim, Sayang (Fazura), Besah (Tissa Biani Azzahra) dan banyak lagi!
Dan apa hubungan mereka dengan watak utama – Awang?
Yes, Sayang dan Awang tu suami isteri tapi perhubungan mereka tidak diterokai. Penonton sekadar tahu mereka suami isteri. Penonton tak kenali perhubungan mereka untuk jatuh cinta dengan watak mereka.
Female empowerment?
Penglibatan srikandi dalam filem ini hanya sekadar hiasan.
Ya, memang bagus tonjolkan wanita dalam filem seperti ini agar pengorbanan kaum hawa tidak dilupakan.
Namun, dalam filem ini, mereka sekadar wujud kerana mahu mereka wujud.
Apa kisah mereka? Siapa mereka? Kenapa mereka bertarung nyawa bersama pendekar?
Rasanya unsur srikandi ini boleh dikupas lagi untuk memberitahu cerita yang lebih memperkasa!
Filem dakwah
Seperti filem Mat Kilau, filem ini banyak menggunakan nama Tuhan.
Sikit-sikit sebut nama Tuhan. Maaf cakap tapi macam… keterlaluan?
Tapi.. ok lah kalau korang nak tengok, boleh tengok kat Cathay Cineplex ye. Ia sebuah filem NC16 tau.
Kalau secara jujurnya, memang tak sarankan tonton. Mungkin boleh tunggu di Netflix saja. Tapi, kalau uolls minat filem seperti ini, pergi je. Dan jangan meletakkan harapan yang tinggi!
– Pengkritik Sandiwara
