Taufik Batisah terajui ‘Sunrise Gang’ di Masjid Darul Aman

Selebriti Singapura, Taufik Batisah, akan menjadi pelari pemimpin (lead runner) di acara Sunrise Gang di Masjid Darul Aman esok (21 Januari).

Dianjurkan Humankind Singapore dan disokong Run Rilexs Repeat, orang ramai boleh ikuti Taufik Batisah berlari 7km dari Masjid Darul Aman hingga Singlap Canal Pier dan kembali ke Masjid Darul Aman.

Daya usaha ini akan berlangsung selepas acara Geng Macam Jumaat di mana orang ramai diajak sembahyang jemaah di masjid.

Taufik Batisah amat berterima kasih atas peluang yang diberi kepadanya untuk menjadi bilal di Masjid Mujahidin minggu lepas (acara Geng Subuh Macam Jumaat anjuran Al Fajr).

Dan beliau juga ingin teruskan daya usaha ini.

Mulai malam nanti, anda boleh sembahyang isyak secara berjemaah di masjid tersebut dan beribadah sepanjang malam.

Pagi tadi, Geng Subuh Macam Jumaat diadakan di Masjid Alkaff Kampung Melayu.

– Pengkritik Sandiwara

Gambar header: IG humankindsg

One comment

Tinggalkan komen