Beberapa jam sebelum konsert solo Imran Ajmain berlangsung di Panggung Victoria, Alhamdulillah, tiketnya sold out!
Konsert berjudul Malam Seribu Tahun itu dijadualkan berlangsung 8 malam nanti.
Acara itu menampilkan tiga orang bakat Nusantara yang akan membuka pentas konsert penyanyi asal Singapura itu. Mereka adalah Firwan Johan, Ahmadul Amin dan Heidi Moru.
Konsert serupa juga akan berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia pada dua malam. Kedua-dua konsert itu juga sold out.
Pada mulanya, konsert Imran di Malaysia itu hanya berlangsung pada 3 Februari. Oleh kerana ia laris dijual dalam masa sejam, pasukan Imran Ajmain tambahkan lagi satu malam pada 2 Februari pula.
Tahniah Imran Ajmain dan pasukannya atas konsert sold out ini. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan agar konsert ini satu sukses malam nanti!
– Pengkritik Sandiwara
Gambar header: Satu Malam Di Singapura
