Penyanyi popular, Bruno Mars, akan kembali ke Singapura untuk mengadakan konsert.
Sedang ramai peminatnya terkinja-kinja mendengar berita baik ini, rakyat Islam Singapura diingati agar tidak membeli tiket konsert penyanyi Versace on the Floor ini.
Ini kerana tarikh konsert ini adalah pada 5 April, bersamaan dengan sepuluh hari terakhir Ramadan.
Konsert itu bakal diadakan di Stadium Negara. Maklumat tiket belum lagi dikongsi oleh pihak Ticket Master.
Umat Islam di Singapura dijangkakan bermula berpuasa pada 1 Ramadan, bersamaan dengan tanggal 11 Mac. Manakala Syawal akan dirai pada 10 April.
Ini bermaksud konsert Bruno Mars di Singapura akan jatuh pada malam sepuluh terakhir Ramadan di mana kita mengejar malam Laylatul Qadr.
Jadi… Faham-fahamlah eh. Kalau nak dengar ceramah Mas Bruno tu ok.
– Pengkritik Sandiwara
