Musim 2024 Wild Rice tampil 3 pementasan menarik

Mulai hari ini, orang ramai boleh mendapatkan tiket-tiket bagi persembahan Wild Rice musim 2024 dengan harga potongan sempena jualan awal (early bird sale).

Tiga pementasan menanti anda tahun ini iaitu The Death of Singapore Theatre as Scripted by the Infocomm Media Development Authority of Singapore, Tartuffe: The Imposter dan National Day Charade.

The Death of Singapore Theatre as Scripted by the Infocomm Media Development Authority of Singapore akan berlangsung pada 14 hingga 30 Mac. Karya Alfian Sa’at yang meneroka sejarah penapisan dalam dunia media ini diarah oleh Irfan Kasban.

Setelah kejayaannya pada 2022, Tartuffe: The Imposter kembali tahun ini. Ia merupakan adaptasi moden sketsa Perancis oleh Molière yang mengisahkan tentang kemunafikan dan keamukan moral. Ia bakal menemui anda mulai 4 April.

Menjelang Hari Kebangsaan ke-59, anda boleh menonton National Day Charade, sebuah pementasan satira tentang kemewahan Hari Kebangsaan Singapura. Berlangsung dari 11 hingga 27 Julai, karya ini juga seumpama surat cinta kepada tanahair kita di mana perhubungan kita sememangnya agak… sulit.

Kesemua pementasan ini akan berlangsung di Wild Rice @ Funan. Anda boleh dapatkan diskon sebanyak 15% bagi kategori 1 dan 2 sekiranya anda dapatkan tiket anda sebelum 31 Januari ini.

Lungsuri lelaman Wild Rice untuk dapatkan tiket anda.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Wild Rice)

One comment

Tinggalkan komen