Duet Aina Abdul, Ernie Zakri di Singapura raih standing ovation

Tepukan gemuruh tanpa henti serta standing ovation diberikan kepada dua diva Nusantara, Aina Abdul dan Ernie Zakri, tamatnya sudah persembahan duet mereka di pentas Theatre @ Mediacorp, Singapura malam semalam.

Dalam konsert A Night with Aina Abdul LIVE in Singapore, dua penyanyi hebat asal Malaysia itu menyampaikan lagu Gundah yang dipopularkan Ernie Zakri.

Sememangnya vokal kedua-dua diva itu amatlah mantap sekali, tiada tandingan. Meremang bulu roma mendengar mereka nyanyikan lagu itu LIVE di atas pentas.

@pengkritiksandiwara

Ernie Zakri dan Aina Abdul berduet lagu Gundah di A Night with Aina Abdul LIVE in Singapore

♬ original sound – Pengkritik Sandiwara – Pengkritik Sandiwara

Gabungan mereka berdua amat dinanti-nantikan para peminat Aina dan Ernie, menjadikan peristiwa ini satu detik bersejarah dalam dunia hiburan Melayu di Nusantara!

Apakan tidak, seluruh warganet Singapura dan Malaysia terkejut beruk apabila Aina mengumumkan bahawa Ernie diundang untuk hiasi pentas konsert ANWAA di Singapura.

Ye lah, kan ada banyak warganet yang mempertikaikan kedua-dua artis ini. Mudah-mudahan, selepas ini takde lagi lah perbandingan mereka berdua.

Masing-masing mempunyai bakat tersendiri dan berjaya. Tak salah sokong dua-dua, kan? Sama-sama naik lah!

Ok lah, jom kita doa mereka berdua akan adakan konsert duo ke… Mesti gempak!

@pengkritiksandiwara

Ernie Zakri dengan lagunya Masing-masing di konsert A Night with Aina Abdul LIVE in Singapore #mediacorp #ainaabdul #erniezakri #singapore #ANWAA #ANWAASG

♬ original sound – Pengkritik Sandiwara – Pengkritik Sandiwara

– Pengkritik Sandiwara

2 comments

Tinggalkan komen