Liku-liku 2023 dalam dunia hiburan Melayu Singapura

2023 merupakan tahun yang penuh drama, keajaiban, cinta, kontroversi, pahit dan manis dalam dunia hiburan Melayu Singapura.

Dalam siaran ini, ayuh sama-sama kita jejak balik peristiwa yang membuat hiburan Melayu setempat penuh dengan warna-warni, meskipun ia tetap hambar!

Peristiwa mengejutkan

Leret gambar di bawah untuk lihat manakah peristiwa culture reset mana yang paling ikonik bagi anda.

Antara peristiwa yang tak boleh dilupakan bagi pasukan Peng adalah insiden pembatalan konsert NOAH oleh YOLO Singapore, pencalonan hambar bagi Personaliti Paling Popular Lelaki dalam Pesta Perdana dan, Hirzi nak jadi meme, juga insiden Ustazah Fatin Afika.

Ada yang kami terlepas tak? Boleh anda kongsikan di NGL kami!

Yang membanggakan

Bagi anda yang sangka bahawa Pengkritik Sandiwara merupakan wadah di mana berita sensasi dan buruk saja dikongsikan, anda salah.

Di sini, kami turut kongsi kejayaan yang mengharumkan nama Singapura dalam dunia hiburan Melayu setempat.

Ha… nak tau apa tak? Lihat gambar di bawah:

Kejayaan Hady Mirza sebagai naib juara All Stars Gegar Vaganza pastinya antara detik yang membanggakan bagi warganet Singapura. Dan siapa sangka, nama Sezairi semakin popular di negara jiran, Indonesia sampai dijemput buat festival muzik di sana!

Konsert tak menjadi

Satu perkara lagi yang membentuk 2023 adalah bilangan konsert yang terlalu banyak. Sampai ada yang tak menjadi…

Ada yang tak tau Bunkface sepatutnya ada persembahan kat Singapore, tau! Adoi… apa nak jadi?

Selamat tinggal 2023

Sebagai penutup, kami nak kongsi gambar ringkasan 2023 ini:

Semoga tahun 2024 menjadi tahun yang penuh dengan drama, kontroversi, detik manis dan banyak lagi demi tatapan warganet Singapura!

Sebelum anda pergi, jom baca A Year in Review bersama Pengkritik Sandiwara. Ini semua berlaku kerana ANDA!

– Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan komen