Hirzi syiok sendiri di acara Asian Academy Creative Awards, curi momen Azira Shafinaz

Hirzi, seorang mantan YouTuber, seolah-olah mencuri detik-detik kemenangan selebriti Malaysia, Azira Shafinaz, di acara anugerah Asian Academy Creative Awards yang berlangsung baru-baru ini di Singapura.

Semasa kategori bagi Pelakon Terbaik dalam Watak Komedi diumumkan, kelihatan di latar belakang bahawa Hirzi sedang sedaya upaya menarik perhatian kepada dirinya sedangkan dia sendiri tidak dicalonkan.

Azira Shafinaz kelihatan ayu di acara Asian Academy Awards

Malah, selebriti yang dicalonkan adalah Azira Shafinaz yang ternyata duduk di hadapannya.

Azira Shafinaz, yang juga ahli De Fam, dicalonkan melalui rancangan Ijab Kalbut yang ditayangkan di Viu.

Sepanjang pengumuman itu, terlihat Hirzi seperti mendoa sambil menyilang jarinya, padahal kategori ini takde kena mengena dengan dia.

Tapi, mungkin dia sedang mengharapkan yang terbaik untuk calon-calon… kot?

Apa yang memeranjatkan lagi adalah apabila Azira diumumkan sebagai pemenang kategori itu, Hirzi dengan selamba turut berdiri seolah-olah dialah pemenang itu.

Anda boleh saksikan video penuh di YouTube, mulai pada cap masa 1:53:00

Apakah tujuan Hirzi membuat perkara itu? Adakah dia benar-benar dalam keadaan keliru sehingga terfikir bahawa dia pemenang dalam kategori di mana dia tidak dicalonkan?

Hirzi pura-pura terkejut walaupun tidak dicalonkan

Adakah dia sedang membuat lawak jenaka? Ingin mencuri airtime? Nak perhatian?

Well, hanya Allah saja yang tahu.

Tahniah buat Azira Shafinaz atas kemenangan anda!

– Pengkritik Sandiwara

Jangan lupa strim De Fam!

One comment

Tinggalkan komen