Konsert Galau SAH Entertainment cipta sejarah!

Selama dua malam, peminat dihiburkan dengan lagu-lagu daripada artis-artis 3 negara di atas satu pentas.

Sejarah Tercipta

Konsert Galau yang menampilkan barisan penyanyi seperti Taufik Batisah, Setia Band, Insomniacks, ST12, D’Masiv, Sufi Rashid, Kangen Band, Cakra Khan, Judika dan NOAH cipta sejarah, menjadi konsert dua malam yang menyaksikan artis 3 negara – Singapura, Malaysia dan Indonesia di atas satu pentas.

Dahulu, kalau nak tengok artis 3 negara satu pentas, cuma time Anugerah Planet Muzik (APM) yang kini telah dibubarkan.

Konsert sold out!

Dianjurkan SAH Entertainment, konsert ini berlangsung pada 9 dan 16 Disember di Singapore Expo. Menurut Instagram SAH Entertainment, Konsert Galau sold out tau! Meletop!

Malah, sebelum ini mereka juga menambah tiket. Betul-betul laku keras ni!

Mestilah sold out, kan? Mereka yang pada mulanya nak tengok NOAH solo confirm confirm beli tiket Konsert Galau kot!

Kekurangan…

Namun, kejayaan Konsert Galau bukanlah sempurna.

Kumpulan Telegram mereka dibanjiri pendapat serta kritikan yang bernas. Seumpamanya audio yang kurang memuaskan, tempat duduk yang teramat jauh dan sebagainya.

Mujur, pasukan SAH cepat mengambil tindakan dan melakukan perkara yang patut untuk memperbaiki khidmat mereka!

Semoga tahun 2024 SAH Entertainment akan membawa lebih banyak artis untuk berkonsert di Singapura.

Konsert Galau 2.0 mungkin?

– Pengkritik Sandiwara

8 comments

Tinggalkan Jawapan kepada Charly Van Houtten kembali ke Singapura buat kali ke-3 – Pengkritik Sandiwara Batal balasan