Tak kering gusi dibuatnya menonton Snow White & the Seven Dwarfs oleh W!LD RICE.
Adaptasi kisah dongeng ini amatlah menghiburkan apabila ia diberi suntikan Singapura yang bukan saja relevan, tapi bak kata orang perli negara kita ini.
Bukan Snow White biashe-biashe
Tulisan Alfiaan Sa’at ini jauh beza dari kisah Snow White yang kita kenali. Memanglah unsur-unsur asas kisah Snow White seperti epal, tertidur, putera yang mencium puteri itu ada tapi banyak lagi sentuhan lain yang diterapkan dalam karya W!LD RICE ini untuk membuatkan kisah ini lebih seronok untuk ditonton.
Yang paling penting, pantomime ini akan mengajar anak-anak anda nilai-nilai murni yang boleh mereka pelajari tatkala menontonnya. Terutama sekali nilai positif yang boleh mereka contohi daripada watak Snow White (Nadya Zaheer), seorang watak yang baik, rendah diri, suka menolong orang dan banyak lagi.
Terdapat adegan di mana watak Snow White lakukan gerakan tepukan Snow White yang sungguh ikonik sehingga menjadi sebuah meme sekarang. Alah yang macam ni:
Namun, hidup Snow White menjadi tongkang terbalik apabila dia mencecah 18 tahun. Ini kerana di negara Eternal Kingdom, setiap remaja yang menginjak 18 akan diharuskan untuk melakukan pembedahan untuk menyempurnakan diri mereka. Malang sekali, Snow White tidak mahukannya kerana rasakan tradisi tersebut kuno dan tidak patut.
Ratu Cantik yang sama setiap tahun
Pada masa yang sama, ibu tirinya, Ratu Eternal Kingdom (dijayakan oleh Dato Sri Vida Chua Enlai) pula rasa tergugat kerana kini Snow White merupakan wanita tercantik di negara itu.
Ratu itu yang mewakili Tanjong Pagar dalam Ratu Cantik tahun ini mengalahkan Ms Jurong Island, Ms Nee Soon dan Ms Sentosa. Dan ini bukanlah kali pertama Ratu memenangi pertandingan Ratu Cantik ini. Bahkan, kemenangan jatuh kepadanya tiap tahun! Ratu mungkin takutlah tahun depan Snow White akan menang sebab kini Snow White sudah cukup dewasa untuk sertai pertandingan ini.
Watak Ratu ini disamakan dengan ketua negara Singapura. Sebagai contoh kes saman-menyaman, kononnya Ratu adalah orang paling penting dan rakyat tidak dapat hidup tanpanya, perbincangan tentang tanah yang ditambak, gelaran SM, MM dan banyak lagi.
Putera mencari Puteri
Dalam pada itu, seorang putera, Prince Charming (dimainkan oleh Vester Ng) terhegeh-hegeh mencari Snow White.
Charming sanggup mencari Snow White hingga ke lubang cacing sekali pun! Apabila sudah jumpa Snow White, puteri itu terlantar kerana sudah terpedaya dengan seorang karang guni dan termakan sebiji epal!
And yeah, diorang bercumbuan lah.
Tapi kan, dalam banyak-banyak isu yang dipetik dalam kisah ini, Min tak suka aspek LGBTQIA+ yang cuba mereka sampaikan.
Kenapa macam terpaksa gitu bila seorang dwarf yang bernama Jesse/Jessie perkenalkan diri? Like… ok work?
Lagu-lagu hebat!
Lagu-lagu yang dinyanyikan dalam pementasan ini amatlah bagus sekali. Dah ada kat Spotify tau.
Also, lakonan Siti Khalijah sebagai Magic Mirror dan Nanny amatlah mantap sekali! Kudos to her.
Snow White & the Seven Dwarfs arahan Hossan Leong ini adalah sebuah pantomime yang harus anda tonton dengan keluarga anda. Menyesal kalau tak pergi. Tiket-tiket masih boleh didapati di lelaman W!LD RICE.
DAPATKAN TIKET ANDA SEKARANG
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Dominic Woon)
