Munafik.
Itulah judul alternatif yang akan saya berikan pada filem La Luna yang ditulis dan diarah bakat setempat, M. Raihan Halim.
Dibintangi Shaheizy Sam (sebagai Salihin) dan Sharifah Amani (sebagai Hanie), filem La Luna ini mengisahkan sebuah kampung konservatif tiba-tiba diberontak dengan kewujudan sebuah kedai baru iaitu La Luna yang dimiliki Hanie.
Korang boleh tengok di pawagam kat Singapore tau! Kat Golden Village, Shaw atau Cathay. Also, kalau tak nak spoiler, jangan baca ulasan ni ya.
Perniagaan baharu itu menyediakan khidmat jualan pakaian dalam wanita (lingerie) dan ini mengancam kesucian kampung tersebut yang mematuhi ajaran agama Islam dengan keterlaluan seolah-olah berada di Aceh.
Watak Tok Hassan, ketua kampung, yang dimainkan oleh Wan Hanafi Su, tidak mahu kedai itu terus maju di kampung itu dan cuba sedaya upaya untuk menutup kedai itu serta-merta.
Tok Hassan dengan segera memulakan petisyen agar kedai itu ditutup serta diharamkan.
Namun begitu, oleh kerana kesan kedai tersebut amatlah positif, ramai orang kampung tidak setuju dengan cadangan Tok Hassan. Ini kerana kedai La Luna telah memberi keyakinan kepada kaum wanita di kampung tersebut serta menyalakan semula perhubungan antara suami isteri dengan pakaian dalam yang dipakai para isteri.
Tapi tu lah, Tok Hassan yang seharusnya memimpin masyarakat kampung ke jalan yang benar sebenarnya terpesong! Dialah orang yang memberi rasuah kepada pihak kerajaan untuk menggesa penutupan La Luna. Oleh kerana cara tu tak menjadi, dia sanggup membakar kedai La Luna tu. Ha… tu pasal tadi saya cakap judul alternatif tu Munafik!
Secara terus terang, filem ini membuat saya menangis bukan kerana ia sebuah filem yang menyedihkan. Tetapi, ia filem yang mencerminkan realiti.
Pada mula cerita, kita dapat lihat seorang yang membuat corrective work order kerana dia merokok – dan dia seorang wanita. Tapi dalam filem ini, hampir semua lelaki merokok dan mereka tidak dikenakan sebarang hukuman. Termasuklah Tok Hassan tu.
Ini menunjukkan double standard masyarakat ada dalam melayan lelaki dan wanita secara berbeza sekali.
Saya juga suka bagaimana kedai La Luna menjadi kubu selamat untuk para wanita. Bukan saja mereka dapat membeli-belah di sana, tapi mereka juga dapat menjadi diri mereka di sana. Mereka selesa, mereka selamat dan mereka rasa yakin.
Kita memerlukan lebih banyak filem yang mengetengahkan sex positivity dalam kisahnya, tanpa tapis. Isu sebegini bukanlah satu perkara yang harus dibincangkan sembunyi-sembunyi.
Lebih kita kecam atau menidakkan perbualan yang selamat dan sihat untuk isu-isu sensitif, lebih menyelewenglah masyarakat kita.
Saya sarankan anda untuk tonton La Luna bersama pasangan anda, anak anda, ibu bapa anda. Ia sebuah filem yang membuka mata dan minda!
Ada satu adegan yang membuat saya menitiskan airmata serta merta juga. Iaitu di mana papan tanda “Allah sentiasa melihat” ditukar kepada “Allah menyayangi”. Saya rasa itu begitu indah sekali kerana kita sudah biasa memupuk rasa takut dalam hal agama yang kita lupa agama Islam ini penuh dengan cinta.
– Pengkritik Sandiwara

[…] La Luna inilah yang banyak mencetus perdebatan di X (dahulu Twitter). Apakan tidak, filem ini mendedahkan […]
LikeLike