Kelakar, bijak dan menghiburkan.
Itulah pementasan Into The Woods yang dijayakan Pangdemonium yang kini dipentaskan di Esplanade.
Karya James Lapine yang terkenal ini dihidupkan dengan begitu cemerlang sekali. Ia berjaya menambat hati si cilik dengan kisah-kisah dongeng yang tidak asing lagi seperti Rapunzel, Little Red Riding Hood, Jack & The Beanstalk dan Cinderella.

Pada setengah pertama, muzikal arahan Tracie Pang ini menggabungkan kesemua kisah-kisah dongeng ikonik itu. Membuatnya satu persembahan yang mantap dan boleh dinikmati si cilik.
Bukan itu saja, mendengar para pelakon melantunkan suara lunak mereka dalam muzikal ini juga amatlah sesuatu yang magis sekali. Amat merdu suara mereka!
Tetapi, setiap cerita dongeng yang berakhir dengan indah sebenarnya bukanlah penamatnya. Pada setengah kedua Into The Woods, malapetaka mula melanda watak-watak ini.
Kepada ibu bapa yang membawa anak kecil, mungkin anda harus bersedia untuk menceritakan realiti kehidupan kepada anak-anak anda mengapa kisah ini berakhir sebegitu!
Secara terus terang, ia sebuah kisah yang bagus untuk seisi keluarga dan harus ditonton. Salah satu faktor utama adalah kerana suara-suara yang kedengaran dalam muzikal ini amatlah baik sekali. Jadi, tonton tau!
Into the Woods berlangsung hingga 12 November di Teater Dermaga Singtel di Esplanade.
Dapatkan tiket anda di sini!
Pangdemonium juga sudah mula jual tiket musim 2024 mereka. Tiga pementasan yang akan menemui anda tahun depan adalah 𝘍𝘢𝘭𝘭𝘪𝘯𝘨, 𝘞𝘩𝘰’𝘴 𝘈𝘧𝘳𝘢𝘪𝘥 𝘰𝘧 𝘝𝘪𝘳𝘨𝘪𝘯𝘪𝘢 𝘞𝘰𝘰𝘭𝘧? dan, 𝘋𝘦𝘢𝘳 𝘌𝘷𝘢𝘯 𝘏𝘢𝘯𝘴𝘦𝘯.
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header: Crispi Pang)
