Saya ingin bersendirian, rehat – King Coco

Warganet seluruh Nusantara seolah-olah dikejutkan dengan berita sensasi yang melibatkan pempengaruh terkenal, King Coco, malam semalam.

Di Instagram Storynya, gadis itu memberitahu pengikutnya, terutama rakan-rakan rapatnya yang sentiasa menghantar pesanan bertanya khabar bahawa beliau bukan tidak ingin membalas sembarang DM, teks atau gossip. Namun begitu, beliau menjamin bahawa rakan-rakan rapat tahu keberadaannya.

sumber: IG Story King Coco

Dalam pada itu, beliau menambah bahawa beliau ingin bersendirian, rehat dan tidur secukupnya, serta makan dengan betul dan meraih semula tenaganya.

King Coco juga berterima kasih atas pengikutnya yang mengambil berat tentangnya.

Video ini sepertinya timbul dek Instagram Story yang dipaparkan selebriti setempat yang sudah pencen. Namun story-story tersebut sudah tiada lagi. Mujur para pembaca setia Pengkritik Sandiwara rela memberi gambar tangkap layar Story yang dimaksudkan.

Sama ada kenyataan di atas benar atau tidak, kami tidak pasti.

Namun begitu, Nick Mikhail sudah pun memberi respons di Storynya.

sumber: IG Story Nick Mikhail

Menurutnya, ia sekadar social experiment untuk mendapat reaksi warganet. Maklumlah, warganet Singapura dan Malaysia kan cepat melatah!

Lagipun, status mereka masih menjadi tandatanya seperti dikatanya. Ini semua sekadar konten.

“False alarm”, ujar Nick Mikhail.

Huruf “KC” telah pun dibuang di bio IG bekas pelakon itu.

Kami doakan yang terbaik buat mereka berdua.

– Pengkritik Sandiwara

One comment

Tinggalkan komen