Konsert Repvblik di SG juga ditangguh

Ni bukan berita terkejut dah.

Konsert kumpulan Indonesia, Repvblik, turut ditunda ke tarikh yang lebih lewat.

Acara yang sepatutnya berlangsung pada 17 November kini dijadualkan sebulan lewat pada 17 Disember di The Theatre at Mediacorp, dan bukan Bukit Bintang Temasek.

Ia akan bermula jam 5 petang dan bukan 8 malam.

Menurut kapsyen siaran Instagram MSN Event Management, tarikh ditukar atas kehendak peminat untuk adakan konsert ini pada hari minggu, berbanding hari Jumaat.

Pembeli tiket sudah pun dihubungi pihak Sistic atas perkara ini.

Ini merupakan konsert kelima yang jadualnya ditukar. Sebelum ini, konsert Search ditunda. Konsert lain yang umumkan tarikh baru adalah Ungu. Konsert Armada dan NOAH masih belum ada sebarang kemas kini.

Apa yang sebenarnya terjadi dalam industri konsert Singapura?

– Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan komen