Mothership, bingai bukan “frame” atau “arrogant”

Mothership, korang takde penutur Bahasa Melayu yang FASIH berbahasa Melayu ke?

Terpaksa bergantung hanya kepada internet untuk mencari erti istilah Melayu?

Jangan harapkan Google Translate

Dalam artikel mereka tentang kedai Muslim Food Stall di Marsiling yang memberi jawapan reviu secara kurang profesional, penulis Mothership Daniel Seow telah menterjemahkan perkataan bingai kepada “frame”.

Ha.

Itulah akibatnya apabila seseorang hanya menggunakan wadah Google Translate sebagai sumber penterjemahan. Walhal, mesin-mesin penterjemahan seperti ini penuh dengan cacat-celahnya.

Penutur BM pasti tahu bahawa ini adalah satu kesalahan, kan?

Also, kalau kita baca teks asli iaitu “You try work 19hours 1st before asking. Bingai.”

Adakah perkataan “framed” akan membawa maksud apa-apa? Tak ke ganjil perkataan tu secara tiber muncul?

Artikel disemak ke tak?

Ini menimbulkan soalan yang penting. Dalam sebuah artikel yang banyak penterjemahan Melayu ke Inggeris digunakan, tidakkah mereka menyemak ketepatan alih bahasa yang telah dilakukan?

Jika ya, adakah penyunting artikel tersebut menggalas tanggungjawabnya dengan teliti? Bagaimana kesalahan yang amat ketara ini boleh lepas, kan?

Kenapa tak suruh penulis Melayu yang tulis? Atau mungkin penulis ini sememangnya seorang yang boleh berbahasa Melayu dengan begitu cekap? Mungkin.

Pasukan Pengkritik Sandiwara menegur kesalahan ini di wadah IGS dan Twitter (atau X), malam semalam.

Kesalahan berlaku lagi

Pembaca Pengkritik Sandiwara memberitahu pasukan kami bahawa mereka telah menukar penterjemahan “frame” kepada sesuatu yang berlainan.

Boleh tak teka apa yang digunakan?

“Arrogant” nok…

Pernah tak uolls guna bingai untuk orang yang sombong? Hahahahaha. Pernah tak!!!!

Ok lah, mereka mungkin dapat istilah ini pun dari Google.

Menurut lelaman PRPM (Pusat Rujukan Persuratan Melayu), bingai dalam dialek Johor membawa erti bodoh sombong. Ok lah bodoh sombong tu diorang just amek and tukar pada arrogant, kan?

Tapi arrogant tu hanya sombong, unsur bodohnye dilupakan. Jadi penterjemahan mereka tetap kurang tepat. Bukan salah, tapi kurang tepat!

Senang kata, bingai tu… bodoh, bahlol, bengap, bebal. Dalam bahasa Inggeris, just say stupid. Senang, kan?

Also, kenapa diorang cakap dialek Johor eh? Orang Singapore pun gunakan. Malah, dialek Johor dengan Singapore ni seakan. Bukan sama tapi serupa. Bingai bukanlah eksklusif pada rakyat Johor saja…

Ini menimbulkan soalan lagi… orang-orang Melayu kat Mothership ni tak pernah guna perkataan bingai? Tak semak artikel ni? Memalukan! Harap-harap Mothership boleh menerima kritikan berfaedah ini, ya?

Also, kalau nak teruskan buat artikel yang memerlukan penterjemahan Melayu -> English, pastikan ia tepat!

Benda-benda seperti inilah yang membuat bahasa kita semakin rosak. Ada sebabnya mengapa perkataan ‘gelat’ mampu bertahan.

– Pengkritik Sandiwara

P.S. dahulu Mothership ada tulis ‘Mosque worshippers’.

Tinggalkan komen