Shiraz Projects bawa Fourtwnty ke SG

Berita baik buat penggemar muzik Indonesia!

Kumpulan Fourtwnty yang popular dengan lagu-lagu seperti Fana Merah Jambu, Hitam Putih, Kusut dan banyak lagi akan bersua muka dengan peminat Singapura!

Konsert Fourtwnty Nalar Album Tour 2023 anjuran Shiraz Projects akan berlangsung pada 7 Oktober. Tapi, bukan di Bukit Bintang Temasek. Di Panggung Capitol, lokasi sama di mana Shila Amzah menyanyikan satu lagu Melayu di konsert sulungnya.

Tiket-tiket boleh didapati mulai 31 Ogos, 9 pagi di lelaman Sistic. Harga tiket bermula pada $118. Kategori Diamond (free seating) pula dijual pada harga $148. Tambahan $100 dikenakan sekiranya anda ingin sesi Meet & Greet.

Fourtwnty dianggotai oleh Ari Lesmana, Nuwi, Roots, Andi Armant, Prandha Ridho,dan Ryan Maulana. Ari Lesmana baru-baru ini membuat kemunculan di konsert D’Masiv 20AD ROAD TO THE WORLD.

Oleh kerana ini konsert album tour, Min agak… risau. Sebab bila Rossa buat album tour kat SG baru-baru ni, ramai peminat tak tau lagu baru Rossa! Jadi… peminat Fourtwnty boleh ke hafal lagu baru mereka?

Fourtwnty juga akan menjelajah Malaysia. Menurut siaran IG di atas, mereka akan singgah Johor, Kuala Lumpur, Kuantan dan Penang! Hmm… mungkin kalau pergi Johor punya lagi murah kot?

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Shiraz Projects)

One comment

Tinggalkan Jawapan kepada A Night With Aina Abdul 3.0 singgah Singapura – Pengkritik Sandiwara Batal balasan