Malbatt: Misi Bakara padu tapi malap

Tiada kisah cinta, tiada drama, tiada tikam belakang.

Begitulah filem terbaru arahan Adrian Teh bertajuk Malbatt: Misi Bakara yang sedang ditayangkan di pawagam di seluruh Singapura buat masa ini.

Berasaskan kisah yang berlaku pada Perang Saudara Somali di Mogadishu pada 1992, ia menceritakan penglibatan tentera Malaysia dalam misi ini. Maklumlah, Hari Kemerdekaan mereka kan nak tiba, so haruslah pupukkan rasa patriotisme menerusi filem seperti ini. Kalau kat Singapore, ada Ah Boys To Men!

Sejujurnya, filem ini lain daripada filem askar atau tentera Malaysia yang pernah Min tonton. Seperti filem Coast Guard Ops Helang, Paskal, Air Force Selagi Bernyawa dan banyak lagi.

Dibintangi Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Tony Eusoff, Dafi AF dan ramai lagi, ia sebenarnya sebuah filem yang fokus pada misi yang patut mereka selesaikan.

Takde kisah sampingan seperti kisah cinta, pertelingkahan besar, si baik vs si jahat tau. So, dalam dua jam korang tonton filem ni, memang macam main permainan perang-perang ah.

Korang ikut mereka ikut misi, pastu kadang-kadang misi macam tak menjadi dan terpaksa fikirkan jalan keluar. Ha macam tu. So cite ni best lah untuk uolls yang suka aksi. Memang mampat dengan tembak-tembak, bom, saspens dan sebagainya!

Cuma… macam mana si Dafi dapat job ni? Tiber siol nampak muka dia. Adakah disebabkan video ini:

Dah lah watak dia suka mengorat dengan wartawan? Setakat tau?

Lagi satu, kesan visual dalam filem ni… astagha… geli tau tengok!

Min rasa kan, orang yang takde perasaan emosi sangat boleh ikut cerita ni sebab ia tidak memerlukan quota emosi begitu banyak. Ia hanya menceritakan sebuah misi yang berjaya (dengan cabarannya of cuz) tu je.

Character development, jalan cerita watak tu semua ke tepi terus. But baguslah diorang nak fokuskan pengorbanan tentera diorang eh?

Min cakap cite ni malap sebab Min tak kenal watak-watak penting dalam filem ini. Kenapa Abdelle (penterjemah Somali) nak sangat kerja dengan UN? Apakah backstorynya? Apakah hubungan dia dengan Ramlee (Shaheizy Sam)? Kenapa begitu rapat?

Korang boleh tonton kat pawagam ok?

Ha kan ada kat Golden Village, Cathay Cineplex dan We Cinemas!

Min bagi… 6/10 bintang.

– Pengkritik Sandiwara

One comment

Tinggalkan komen