Konsert solo NOAH di SG 14 Okt nanti

Tarikh konsert solo NOAH di Kota Singa telah pun didedahkan oleh pihak penganjur, YOLO Asia, malam semalam.

Menurut Instagram YOLO Singapore, kumpulan yang diterajui Ariel itu akan mengadakan konsert di Singapura pada 14 Oktober yang terjatuh pada hari enam.

Lokasi konsert band Indonesia itu masih belum dikongsi. Adakah Bukit Bintang Temasek akan menjadi sasaran? Atau di Teater Mediacorp seperti mana konsert Ruffedge diadakan? Kerana penganjur yang sama juga membawa Ruffedge – Ruffera That Moment In Time Tour?

Sebelum ini, para peminat NOAH di Singapura juga boleh pradaftar tiket NOAH di lelaman YOLO. Pradafter tersebut telah pun tamat pada 18 Julai lalu.

Band yang sebelum ini dikenali sebagai Peterpan amat popular dengan lagu-lagu seperti Menghapus Jejakmu, Mungkin Nanti, Separuh Aku dan banyak lagi.

Selain konsert solonya Oktober nanti, NOAH juga dijangka untuk membuat penampilan di Konsert Galau anjuran SAH Entertainment yang berlangsung pada bulan Disember nanti.

Jadi… korang nak tengok yang mana? Oktober ke Disember, eh? Ke dua-dua korang sapu?

– Pengkritik Sandiwara

3 comments

Tinggalkan Jawapan kepada NOAH bakal beraksi di Pasir Panjang, warganet hampa – Pengkritik Sandiwara Batal balasan