Jangan terkejut kalau Rossa nyanyi lagu baru

Judul konsert dinamakan sempena album terbaru – Another Journey: The Beginning – mestilah Rossa akan nyanyi lagu-lagu dari album terbarunya.

Bukan ke itu tujuan untuk adakan album tour? Untuk mempromosikan lagu-lagu baru. Macam The Renaissance Tour oleh Beyoncé. Hampir kesemua lagu yang dibawa itu lagu barunya, tapi ada juga lagu-lagu evergreennya.

Jadi… kenapa segelintir peminat di beberapa group chat tidak mahu Rossa menyanyikan lagu baru? Korang fake fans ke… Tiber. Lihat saja playlist yang dikongsi SAH Entertainment, kebanyakan lagu baru!

Jadi, tunggu apa lagi? Dengar album Rossa – Another Journey: The Beginning – dan nikmati karyanya. Lagu-lagunya memang best. Sekarang ni korang ada seminggu untuk hafal, pasti boleh.

Dalam wawancaranya bersama Fiza O, Rossa pun berkata beliau akan nyanyi semua lagu dari album terbarunya. Jadi jangan step tak tahu bila Rossa nyanyi lagu baru.

.

Kata nak galau sama-sama, kan? So, buat kajian dan hafal lirik lagu baru Rossa. Antara yang Min suka adalah Akhirnya, Terlalu Berharap dan Wanita.

Korang pelik lah, beli tiket yang terang-terang judul dinamakan sempena album terbaru dia tapi tak nak dia nyanyi lagu baru. Huh? Make that make sense!

Memang lah Rossa ada banyak lagu sebab dia dah lebih dua dekad dalam industri hiburan, beliau ada banyak lagu hits untuk dinyanyi. Mungkin boleh ada konsert tambahan untuk beliau nyanyi lagu hits saja? Tiber.

Korang rajin-rajin lah pergi tengok TikTok konsertnya di Malaysia. Ade je lagu baru dan yang hits.

Pada yang belum beli tiket, belum terlambat!

Dapatkan tiket anda di sini.

Ada 30% off untuk mereka yang dalam SAHabat chat, cuba tanya.

– Pengkritik Sandiwara

5 comments

Tinggalkan Jawapan kepada All Acces to Rossa 25 Shining Years di pawagam Singapura – Pengkritik Sandiwara Batal balasan