Setelah hampir sedekad, penyanyi yang popular dengan lagu Kali Kedua akan bertemu peminat Singapura dalam konsertnya yang berjudul “With Love Raisa” di Resorts World Sentosa.
Konsert ini merupakan comeback pertama Raisa ke Kota Singa setelah konsert solonya pada tahun 2014.
Raisa kini kembali dengan lebih matang dan akan berkongsi perjalanan seninya bersama peminat bukan saja dari Singapura, tapi juga dari rantau ini.
Konsert solonya yang kedua ini akan menampilkan beberapa lagu kegemaran daripada empat albumnya iaitu Raisa, Heart to Heart, Handmade dan It’s Personal, termasuk lagu-lagu yang disifatkan sebagai fan favourite di Asia Tenggara.
“Muzik saya mencerminkan pemikiran dan pengalaman saya dalam hidup yang saya rasa rmai peminat boleh kaitkan. Saya percaya muzik adalah tentang menerima kepelbagaian aspek cinta dan kehidupan dalam diri kita semua.
“Saya teruja dapat menyatukan ramai peminat dari Indonesia, Singapura, Malaysia dan juga negara lain di Resorts World Sentosa Ballroom untuk menikmati persembahan di mana saya dan pasukan saya telah berkerja keras untuk merealisasikan,” kongsi penyanyi itu.
Tiket-tiket bermula pada harga $68 boleh didapati di lelaman Resorts World Sentosa. Konsertnya ini akan berlangsung pada 19 Ogos, jam 8 malam.
Dapatkan tiket anda di sini
Bagi anda yang ingin beli tiket, anda juga boleh nikmati pakej menarik dua hari satu malam di hotel-hotel RWS, tau! Best, kan?
– Pengkritik Sandiwara
