Pradaftar tiket konsert Noah di Singapura sekarang!

Peminat Noah sudah boleh mula pradaftar untuk tiket konsert Noah di Singapura.

Daftaran ini akan memberi anda akses awal untuk mendapatkan tiket Noah. Jadi… tak perlulah berebut, kan?

Anda boleh pradaftar baucar ini sehingga 16 Julai ini di lelaman YOLO Asia.

Kumpulan popular Noah (dahulu Peterpan) yang diterajui Ariel itu bakal membuat persembahan di Singapura Oktober ini. Namun, lokasi dan tarikhnya belum diumumkan lagi oleh pihak pengerusi YOLO Asia.

Sebelum ini, YOLO Asia menganjur konsert Ruffedge yang berlangsung di panggung Mediacorp.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: lelaman YOLO Asia)

One comment

Tinggalkan Jawapan kepada Konsert solo NOAH di SG 14 Okt nanti – Pengkritik Sandiwara Batal balasan