Setelah dua malam hiburkan peminat di Malaysia, Ella akan ke Singapura untuk bertemu peminat di Kota Singa.
Ratu Rok Nusantara itu bakal mengadakan konsert pada 18 Ogos tahun ini, menurut artikel Channel News Asia.
Konsert berjudul ‘Jilid Akhir’ itu meraikan 35 tahun semenjak beliau berkecimpung dalam industri seni.
Pada 10 dan 11 Jun kelmarin, konsert Jilid Akhir di Axiata Arena sold out!
Mampukah konsert ini yang bakal kedengaran 30 buah lagu seperti Sepi Sekuntuk Mawar Merah, Pengemis Cinta, Puteri Kota dan banyak lagi akan laris bak goreng pisang di Singapura?
Baru-baru ini, konsert Rokl4sik yang menampilkan Ella antara barisan penyanyi tidak mendapat sambutan yang begitu hangat.
So, agak-agak boleh tak konsert Jilid Akhir ini sold out? Alah, takpe. Kat Star Theatre kan? Pelan-pelan lah bukak Circle 2. Ikut kehendak peminat. Ah gitu…
Tiket akan dijual di lelaman bookmyshow, menurut artikel CNA.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: IG Ella)

[…] Itulah kuasa yang dipegang Ella, Ratu Rok Nusantara yang mula menjual tiket konsertnya, ‘Jilid Akhir : ELLA Puteri Kota‘! […]
LikeLike
[…] ‘Jilid Akhir : ELLA Puteri Kota‘, Ella bakal adakan konsert pada 18 Ogos […]
LikeLike