Calon Personaliti Paling Popular diumum, undi mulai Khamis

Calon-calon bagi Personaliti Paling Popular Pesta Perdana 2023 akhirnya diumumkan!

Menarik sekali, ia diumumkan dengan cara yang begitu unik kepada para calon. Lihatlah Instagram Mediacorp Untukmu untuk melihat gelagat para selebriti ini:

Bagi kategori lelaki, Zhin Sadali, Hafidz Rahman, Shafie Aziz, Hafiz Aziz dan Norman Ishak dicalonkan..

Endang Rahayu, Izyan Mellyna, Farah Farook, Lydia Asyiqin dan Huda Ali pula tercalon dalam kategori wanita.

Peliknya, mereka semua tidak dicalonkan dalam kategori-kategori yang biasa kecuali Lydia Asyiqin (Pengacara Terbaik untuk Manja musim 7) dan Izyan Mellyna (Pelakon Terbaik Dalam Watak Utama – Drama Khas/Antalogi untuk Konsert Raya Kampung Kledek).

Teabh, apa terjadi kepada pencalonan lelaki? Mana Fir Rahman? Mana Iskandar Shah? Mana Fauzie Laily? Mana Suzairhe Sumari? But oh wells, korang dah nobatkan mereka tahun ini so ok.

Semestinya, ini sebuah pertandingan populariti… wkwkwkw.

Anda boleh mula mengundi untuk mereka mulai 1 Jun, Khamis ini pada jam 10 pagi di lelaman Mediacorp. Setiap orang mempunyai sebanyak 25 undian setiap hari. Ia akan berakhir pada jam 10 malam 17 Jun.

Pengumuman akan dibuat di acara gah Pesta Perdana 2023 selepas jam 10.30 malam pada 17 Jun.

Selamat mengundi…

Minggu lepas, Nurul Aini mengumumkan bahawa beliau ingin undur diri dari kategori ini kerana sudah 20 tahun berada dalam industri.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: lelaman Mediacorp)

One comment

Tinggalkan komen