Big Stage 5: Farhan Shah agak lemau, landa di bottom 3

Lagu Di Pintu Syurga menempatkan Farhan Shah di Bottom Three di Big Stage musim kelima minggu ini.

Penyanyi asal Singapura itu meraih sebanyak 42.67% markah. Ajai memberi markah sebanyak 43%, Aina Abdul 48% dan juri jemputan, Datuk Syafinaz sebanyak 37%.

Dalam nyanyiannya minggu ini Farhan Shah juga memberi sedikit My All oleh Mariah Carey.

Minggu lepas, Farhan mendapat markah sebanyak 71%, menempatkannya di tangga yang ke-5.

Menurut Syafinaz, Farhan Shah tampil kurang bersedia dan takut di pentas. Farhan Shah berkata bahawa ia merupakan pertama kali dirinya menyangikan lagu genre ballad.

Beliau mengaku ada kesalahan sedikit tapi Syafinaz kata ada kesalahan banyak.

Ekcili, minggu ni memang Farhan Shah lemau sikit. Tak tau dia masuk lambat ke atau memang arrangement cam gitu…

Semoga prestasi Farhan Shah akan terus meningkat minggu depan! Beliau akan menyanyikan lagu Tenda Biru oleh Desy Ratnasari.

Meer Nash tersingkir minggu ini dengan manakala Waode berada di kedudukan pertama dengan markah sebanyak 91.67%.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Astro Gempak)

One comment

Tinggalkan komen