Salam sejahtera, para pembaca setiaku.
Baru-baru ini, dunia Twitter Melayu heboh dengan kesan tapis (filter) anjing yang seolah-olah muncul di dalam rumah.
Gadis barat, quincy atau @champgneqissy, mencuba prank ini terhadap bonda tersayang.
https://twitter.com/champgneqissy/status/1185436935906451456?s=20
Jadi saya lakukan prank terhadap bonda saya. Haha lawak pada saya sebab polis datang rumah saya
– Quincy, 2019
Oleh kerana kesan tapis amatlah realistik, ibunya memanggilnya “kepala puki” dan menelefon polis segera.
Dalam video yang dimuatnaiknya, rakaman perbualan antaranya dan ibunya dikongsi.
Walaupun sudah diberitahu bahawa ia sekadar jenaka, ibu peminum champagne ini tetap menelefon polis.
Jawab kau.
Nanti polis datang.
– Bonda Quincy
Walaupun video itu diperuntuk bagi senarai “close friends” di Instagram, Quincy memuatnaikkan video itu secara awam di Twitter untuk tatapan semua.
Sebelum polis tiba, Quicny menyeru pertolongan abangnya.
Abang, saya sebenarnya takut sekarang kerana mempermainkan bonda tentang anjing tersebut.
– Quincy, 2019
Namun, abangnya tidak membalas tweet itu. Malah, tiada sesiapapun yang menjawabnya.
Ramai menyoal tentang bahasa kasar antara anak dan ibu itu.
Bahkan, tweetnya sudah tular ke Malaysia sehingga ada mamat Mesyo promo perniagaan dalam taliannya.
Ada juga yang inginkan perubatan untuk tapisan ini.
Ada juga menasihati untuk telefon polis dan beritahu ‘anjing’ sudah lari.
Di akhir video itu, gadis Champagne itu berkata dirinya mungkin dibelasah, sambil menitis air mata dan menunjukkan peace sign.
Beberapa warga Twitter memanggilnya seekor badut.
Ingat ya, rakan-rakan. Berjenaka berpada-pada. Jangan sampai yang tersinggung. Jangan menyusahkan orang. Lagi-lagi pihak berkuasa.
Kasihan abang polis yang datang dan buang masa. Pasti dalam hati dia maki hamun harus selesai kes mengarut ni.
Sebelum ini, terdapat juga beberapa Twitter Melayu yang menggunakan prank ini terhadap ibu mereka.
– Pengkritik Sandiwara
[…] tak dulu ada kesan tapis anjing sampai ada kes polis? Ha… jangan gara-gara kotak PS5, korang gaduh dengan kawan-kawan atau terlibat dalam kes […]
LikeLike