Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Dah masuk separuh akhir SG Mania.
Tapi tu lah… Peserta masih berentap secara trio dan bukan keenam-eman sekali gus. Apa je!!!!! Merepek.
Tengok Gegar Vaganza Ahad lalu. Fuh! Berjam-jam. Pentas meletop! Penari bertenaga. Koreografi mencanak. Busana mampat! SG Mania? Pentas pun sekadar flat je sis. Hais…
Dalam pusingan pertama separuh akhir, Ryzall Noh, Izat dan Rahila akan berentap.
Kenapa mereka bertiga dipilih? Apa sebabnya? Nak kasi Rahila menang? LMAO.
Ryzall Noh dengan ‘Hanya Sekali’. Meh…
Rahila Rashun kelihatan manis berabaya. Mendendangkan lagu ‘Aku Sanggup’, kami sanggup dengar sebab best!
Ekstra seperti biasa, persembahan Izat amat menghiburkan!
And of course, persembahan bersama that nobody asked for.
Memperagakan busana merah-hitam, persembahan ini ditaja oleh Pizza Hut.
Ryzall Noh terkecundang. HUHHHHH. Ok, obviously nak Rahila mara ke puringkat akhir. KDST!
Dan seperti biasa dua peserta yang mara ke pusingan Face-off akan menyanyikan lagu yang sama. Kali ini, Tragedi Buah Epal.
PERSEMBAHAN YANG MERECIK! BAIK RAHILA. Ada rapping semuanya!
Ok it’s very him, dengan dansa sana sini . Amat asyik melihat persembahannya.
skskskskksks Rahila seolah-olah dah tahu dia akan mara ke peringkat seterusnya!
Namun, Izat belum tersingkir. Ini kerana minggu depan nasib dia mungkin menyebelahinya…
That’s it for Gegar Vaganza SG.
– Pengkritik Sandiwara