Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Dalam buruk ada baiknya, dalam baik ada buruknya. Bak kata pepatah, Yin dan Yang. Gitew.
Pengguna Twitter, @mhdhrzn_ amat tidak puas hati dengan siaran di Facebook yang dilihatnya dan meluahkan perasaannya di Twitter.
Jadi Melayu jangan jadi bodoh. Ia seekor anjing pembimbing semata-mata untuk zina. Apa yang anda banyak celoteh? Itu lah tidak tonton berita. Yang anda tahu tidak boleh isap rokok di bawah blok? Yool (?) ah
– Zan, 2019
Adakah anda menonton Berita pada jam 8 malam?
Dalam siaran Facebook itu, kelihatan dua keping gambar di mana terdapat seekor anjing pembimbing yang sedang duduk diam. Namun, pengguna Facebook di mana identitinya dirahsiakan amat marah dan mengatakan:
Hello, kau orang tengok ini. Boleh ke? Isap rokok kat bawah blok semua tak boleh bagai… Bawak anjing masuk dalam boleh pula?
Anonymous
Kenapa si dekni ni bangang? Dia tidak tahu kewujudan anjing pembimbing ke? Lagipun, bukannya anjing tersebut buat hal.
Amatlah marah, penggemar buaya itu pun menyatakan bahawa pengguna Twitter itu yang menyalak seperti seekor anjing.
Tidak percaya dengan siaran di Facebook, seorang pengguna Twitter cepat mengenal pasti kerakyatan pengguna FB tersebut.
Orang Malaysia. Warga Singapura tidak gunakan “bagai” “pulok”. Biasalah, mereka tidak biasa benda-benda sebegini. Husnuzon sajalah, dik.
– thicclilbaby, 2019
Namun, Zan cepat perbetulkan gadis bayi tebal itu dan mengatakan bahawa pengguna FB itu warga Singapura.
Inilah satu masalah orang kita, bila nampak Melayu perangai bodoh sikit je kata Malaysia. Padahal, ramai orang Melayu Singapura yang kurang cerdik!
Zan juga menyatakan bahawa merokok di bawah blok dibenarkan.
Namun, menerusi lelaman gov.sg, merokok di kolong blok dilarangkan.
Memang tidak boleh dinafikan bahawa Zan ingin mencetuskan rasa peka akan anjing pembimbing dalam masyarakat Melayu yang sinonim dengan ketakutan terhadap haiwan itu, tapi pada masa yang sama, Zan juga telah sebarkan maklumat palsu.
Dalam kes ini, pengguna FB itu betul tentang larangan merokok di kolong blok.
Kenapalah masyarakat Melayu taksub dengan rokok?
Pengguna Twitter, @asonofapeach memberi komen.
Komen anak buah pic itu tiada kena mengena dengan insiden drama Twitter ini, malah, penggemar baju butterfly ini berbual isu kiamat.
Harap maklum.
– Pengkritik Sandiwara
Bacalah lagi!