Wayang Sekarang: Hero

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Niat di hati… ingin sokong bakat tempatan, Hisyam Hamid.

Namun alangkah hampanya apabila filem Hero: Jangan Bikin Panas ini… tidak menepati citarasa minda intelek.

Filem terbitan NS STAR SDN BHD ini bukan saja kurang kelakar, jalan ceritanya juga seolah-olah ‘terpaksa’. Nasib baik ia hanya ditayangkan di tiga pawagan di Singapura saja.

Nak kata kelakar… ok kot? Mungkin pada tahun awal 2000, unsur humour slapstick ala-ala Senario ini mempunyai kebolehan untuk membuat orang ramai tertawa terbahak-bahak. Tapi dalam filem Hero ini, amatlah cringey, kata orang.

Adanya babak kentut, kesan bunyi rubber duckie (mainan itik getah), dan banyak lagi. Anak muda kata, ‘lame’.

Namun begitu, inti pati cerita filem yang dibintangi Hisyam Hamid, Mark Adams, Dato Jalaluddin Hassan dan Bell Ngasri harus dipuji.

Mengisahkan tentang pertubuhan anti-Islam seperti Illuminati, lengkap dengan pengaruh Free Maison, filem ini sebenarnya ingin menegakkan dan membangkitkan lagi agama Islam. Cuma caranya berlainan sedikit. Seperti tiada impak.

Mungkin ramai yang menantikan babak pelakon kacak Syafiq Farhain… Tapi usah buang masa, sekejap je. Merepek benor filem ni!

Dalam masa beberapa minggu je, pelatih bomba dah boleh pergi ikut misi? Wei! Apa ni. Nasib kat Singapore ni kursus bomba asas 3 bulan… tu pun lepas dah habis kursus tengok lah kalau nasib boleh ikot pergi call ke tak…

Hero filem Hero, Hisyam Hamid, seorang pegawai bomba sewaktu Perkhidmatan Negaranya benar-benar menunjukkan how it’s done.

Terdapat juga babak-babak yang tidak menyumbang kepada filem keseluruhan. Seperti di mana watak Hisyam Hamid berjumpa pakciknya yang merupakan seorang PI dan babak pertama di mana seorang watak buta berbual dengan Hisyam Hamid.

Babak di sekolah tahfiz pun agak janggal. Sungguh kekok melihat ustaznya berbual bersama Hisyam Hamid. Seperti hafal skrip, bukan memahami skrip.

Cakap pasal skrip…

Apa ke jadah Eskelepentes? Or however you spell it.

Sepertinya skrip ditulis untuk projek kelab drama di sekolah menengah.

Ayuh berdoa Hero tiada lagi. Kerana dari akhir filem, sepertinya ada kesinambungan. But… No.

Ini kerana di babak ‘post-credit’ Nasrin Ngasri menjelma dengan zombie kanak-kanak dan menyatakan bahawa dia ingin buat lebih filem.

JANGAN.

⭐️: 1.2/5

Pengkritik Sandiwara

Bacalah lagi!

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s