Salam Oktober dan Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Alhamdulillah.
Kontroversi yang melanda influencer pendek, Sheena Phua berakhir dengan begitu aman sekali.
Semalam, akhbar tempatan memberitahu bahawa Phua telah dijemput untuk mempelajari budaya orang Sikh dengan lebih dalam lagi.
Baguslah. Dua-dua pihak saling memahami dan berbaik.
Mungkin inilah cara untuk kembalikan keharmonian!
Tetapi…
Kenyataan Phua seperti tidak konsisten. Dalam ST, Phua kata dia ada rakan Sikh. Di Mothership pula dia kata tak ada…
Atau mungkin… dua-dua benar? Phua tiada rakan Sikh di sekolah namun ada rakan rapat Sikh di luar sekolah?
Yang peliknya, dia berbual topik mundane katanya. Hais, cetek betul pemikiran influencer, ya? Kesian.
Pada pendapat anda, kenyataan mana yang benar?
– Pengkritik Sandiwara