Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Aliff Aziz, nama yang tak asing dengan kontroversi dan skandal!
Kali ini, seorang gadis yang baru bertapak dalam industri hiburan luahkan kata-kata di Twitter.
https://twitter.com/joannemmy1/status/1177133240273928192?s=20
Pendek kata, Joanne Mok telah dipermainkan lelaki suara serak-serak basah itu.
Dalam bebenangnya yang dikongsi lebih 4,000 kali, Mok menjelaskan bagaimana Aliff menggunakan kelemahannya untuk kepentingan sendiri.
https://twitter.com/joannemmy1/status/1177136353693167616
Pemenang Anugerah itu memutuskan kata “sayang” dalam masa kurang sebulan terhadap Mok dan mengatakan bahawa Mok bukanlah gadis ‘rebound’. Aliff juga memberi sokongan emosi terhadap Mok yang memerlukan pada ketika itu.
Selain itu, bebenang tersebut juga seperti memberitahu orang ramai bahawa perhubungan Bella Astillah dan Aliff Aziz rapat semula setelah bercerai.
https://twitter.com/joannemmy1/status/1177137425065267200
Menurut Mok, Bella memantau status Aliff di WhatsApp. Eh? Dah cerai asal nak kepo eh? Mencurigakan betul!
Bila Bella muncul semula dalam hidup Aliff, Mok terasa seperti dirinya dibuang saja, kesian.
https://www.instagram.com/p/B2Wcga4AJKc/
Bella sering ke Singapura agar Aliff dapat meluangkan masa bersama anaknya, Mohamad Ayden Adrean.
https://twitter.com/joannemmy1/status/1177626654719430658?s=20
Tujuan Mok adalah untuk memberi amaran kepada gadis di luar sana bahawa tiada wanita yang patut dipermainkan.
Aliff juga sedar dan meminta maaf atas kelakuan buruknya.
Tapi, adakah ini kali terakhir Aliff Aziz akan perbodohkan gadis lurus bendul yang gian? Apa pendapat anda?
https://twitter.com/joannemmy1/status/1178220376016375808?s=20
Ramai yang memberi kata-kata semangat kepada finalis Miss Kebaya Malaysia itu setelah dia meluahkan isi hatinya.
Mari sama-sama doa bahawa Mok akan dapat pakwe yang lebih hot dan tidak trash, serta kerjaya Mok merecik hawau!
https://www.instagram.com/p/B21B-c8BeuA/
Apa-apa sajalah Aliff ni!
Agak-agak berapa banyak skandal lagi Aliff Aziz ada?
– Pengkritik Sandiwara
Bacalah lagi!